Monday, April 7, 2014

Tong gas jadi BOM ?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



sebabnya ialah:


SHAH ALAM – Bekas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Fauzi Harun, 33, disahkan meninggal dunia semalam, akibat melecur terkena letupan gas di sebuah restoran berhadapan Plaza Low Yat, 1 Jun lalu.
Sebelum kejadian, kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa naik tingkat dua restoran itu setelah mendapat maklumat kebocoran pada salah satu tong daripada enam yang dihantar oleh pembekal tong gas di restoran tersebut.
Menurut sumber, mangsa mahu melihat sendiri kebocoran itu, malangnya tong tersebut tiba-tiba meletup dan mengenai mangsa.
Katanya, selepas berlaku letupan, mangsa berlari turun dalam keadaan badannya sudah hitam kerana melecur.
“Fauzi dibantu bomba yang datang memadamkan kebakaran sebelum menghantar mangsa ke Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 9 malam di HKL akibat kecederaan parah dialaminya.
Jenazah arwah disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin, Batu 14, Hulu Langat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding.
Sebelum ini, Fauzi pernah berkhidmat di Balai Bomba Chow Kit lebih 10 tahun sebelum berhenti kerja dan sempat bekerja sebagai pekerja penyelenggaraan di restoran itu selama empat hari sebelum kejadian tersebut berlaku. - Sinar Harian Online

No comments: