Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By Dr Abu Anas Madani
Manusia, jika dicucuk dengan jarum, pasti akan berasa sakit.
Kesakitan akan menyebabkan seseorang itu mencabut jarum tersebut daripada tempat yang dicucuk dengan secepat mungkin.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
لأَنْ يُطعَنَ في رأسِ أحدِكم بمخْيَطٍ من حديدٍ ؛ خيرٌ له من أن يمسَّ امرأةً لا تحِلُّ له .
"Seseorang yang dicucuk JARUM BESI di KEPALANYA lebih baik daripada dia MENYENTUH seorang PEREMPUAN yang tidak halal baginya" [Al-Mu'jam Al-Kabir 20/211 (486). Lihat: As-Silsilah Ash-Shahihah 1/395 (226)]
Hadis ini menunjukkan bahawa HARAM menyentuh perempuan asing yang bukan mahram.
Kenalilah mahram supaya kita tidak termasuk di kalangan golongan yang menyentuh seseorang yang bukan mahram.
Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment