Saturday, May 3, 2014

Kisah IKEA dan nama atas pulau

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






Biasa ke IKEA tak? yang kat Damansara tu....Best jugak round - round tengok cara dia susun perabut dan lepas tu berangan nak buat katrumah sendiri. Tapi alahai mahal sangat lah.... macam membazir jer....

Ini ibrah dari kisah IKEA tu. Kalau kat Sweden negeri asal dia  ada IKEA yang sebesar 9 kali padang bola.
Yang bagusnya tengok macammana ia wujud.

Pada tahun 1943- IKEA dimulakan oleh seorang budak yang berumur 7 tahun bernama Ingvar, dia bermula
dengan jual mancis pada umur 7 tahun di bandarnya dengan menaiki basikal. Kemudian dia kembangkan dengan menjual pensil, pen dan ikan sekali sehinggalah dia menggunankan meja dapur bapa saudaranya dan memulakan perniagaan perabot.

Hari ini , setelah 71 tahun, IKEA mempunyai 349 gudang di 43 negara dan merupakan peruncit perabut  terbesar. Ingvar pada umur 88 tahun adalah orang kelima terkaya didunia dengan harta bernilai $42.6 billion dan yang paling menarik Ingvar telah menubuhkan sebuah yayasan kebajikan bernama INGKA, dimana dia mendermakan lebih dari $33bilion dollar ( 35% dari kekayaannya)!

Walaupun kaya , dia hidup sederahana, mengambil penerbangan ekonomi saja, bawak kereta volvo model 1993, tak pergi hotel mewah, makan makanan murah di kedai IKEAnya saja. Semua itu dilakukan sebab nak simpan duit untuk kebajikan. Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya dan memberi dia kejayaan, baik hati dan menjadi inspirasi  kepada kita.

via -- Sh. Waleed AbdulHakeem


Nota: Dia bukan islam tetapi dia mewarisi perangai Saidina Abu Bakar assidiq-Allah hu Akbar

Ini pulak kisah orang islam yang ukir nama atas pulau -





Hamad bin Hamdan Al Nahyan63, telah membina binaan namanya daripada pasir di atas sebuah pulau miliknya dengan binaan huruf yang besar sehingga boleh dilihat dari angkasa lepas.

Perkataan 'Hamad' berukuran 1000 meter tinggi dan sepanjang dua batu dari 'H' ke 'D' di atas Pulau Al Futaysi.

Untuk mengelakkan binaan daripada dihanyutkan air, gabungan huruf-huruf ini sebenarnya membentuk laluan air yang menyerap kemasukan air pasang. Tembok penghadang di sekeliling nama turut dapat dilihat dalam perkhidmatan peta Google.

Hamad telah bermimpi satu idea dan mengerah pekerja-pekerja beliau selama berminggu-minggu untuk membina satu grafitti pasir yang besar. Tidak diketahui berapa banyak kos yang telah dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, sheikh ini adalah seorang presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kaya dengan minyak dan berbangga dengan kekayaan peribadi kedua hanya di belakang Raja Arab SaudiHamad, yang juga dikenali sebagai 'Rainbow Sheikh', adalah anggota Abu Dhabi Rulling Family.

Beliau difahamkan mempunyai kira-kira 200 buah keretatermasuk tujuh buah Mercedes 500 SELs yang dicat dengan warna-warna pelangi yang berbeza dan disimpan di dalam piramid gergasi. Beliau mempunyai kecenderungan untuk melakukan sesuatu dalam skala yang besar. Beliau telah membina trak terbesar di dunia - lapan kali saiz Dodge Power Wagon, dengan empat bilik tidur di dalam kabin.

Di samping penampilan mewahnya, beliau telah menjadi dermawan yang terkenal dalam bidang perubatan dan membekalkan bilik operasi penyakit buah pinggang yang lengkap kepada hospital awam di Maghribi di mana beliau terus membiayai kakitangan hospital tersebut.


No comments: