Sunday, September 28, 2014

2 benda yang buat orang banyak masuk neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Dr Abu Anas Madani

Ada 2 nikmat dari Allah yang dapat berubah menjadi bencana terbesar untuk manusia apabila ia tidak dijaga, iaitu:mulut dan kemaluan.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak membuatkan manusia masuk ke dalam neraka.
قال: “الأجوفان: الفم، والفرج”
Rasulullah bersabda: “Dua lubang, mulut dan kemaluan…” (HR Ahmad: 9097, Ibnu Majah: 4246, Ibnu Hibban: 476 dengan sanad yang hasan)
Dari mulut timbul ghibah, mengumpat, mencaci, menfitnah, melaga orang dan seumpamanya
Melalui mulut juga masuk benda-benda haram ke dalam perut.
Padahal nikmatnya makanan hanya sejengkal di mulut. Selepas melepasi kerongkong, tidak lagi terasa.
Dari sejengkal kemaluan pula, timbul syahwat. Bila disalurkan kepada yang halal dan benar, berpahala. Jika disampaikan ke tempat yang tidak semestinya, akan menjadi dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Perhatikanlah 2 nikmat yang sejengkal itu.

No comments: