Sunday, November 2, 2014

(Koleksi Hadis Sahih Dan Hadis Palsu Tentang Hari Asyura Dalam Masyarakat)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Terdapat beberapa hadis sahih yang menerangkan tentang puasa di bulan muharram.Antaranya ialah kelebihan berpuasa pada hari asyura.Dalilnya ialah
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang puasa di hari Asyura, maka beliau menjawab : “Puasa itu dapat menghapuskan (dosa-dosa kecil) pada tahun yang lalu”
[Hadits Shahih Riwayat Muslim 2/818-819, Abu Daud 2425, Ahmad 5/297, 308, 311, Baihaqi 4.286, 300 Abdurrazaq 4/284, 285]
Cuma berhati hati dengan orang yang tidak bertanggungjawab menambah lafaz
"barangsiapa yang mengingatkan hadis ini kepada orang lain maka ia akan mendapat pahala 80 tahun ibadah".
2) Hadis Palsu Tentang Hari Asyura
Pertama: Kisah Bubur Asyura dan Nabi Nuh
Kisah ini tersebar dalam masyarakat dan turut diajar di sekolah.Kisah ini dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
- Komentar
Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya.Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?
Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga
“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan rezeki kepadanya sepanjang tahun itu”.
Komentar:
Kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah tidak sahih bahkan ada yang menghukumnya sebagai maudhu (palsu) .. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.
Kesimpulannya,Sunnah pada hari asyura ialah berpuasa berdasarkan hadis riwayat muslim dan lain lain.Tidak ada satu hadis yang sahih menyebut tentang bubur asyura dan sebagainya.Bahkan yang lebih mengejutkan amalan bubur asyura terdapat di dalam kitab syiah karangan tokoh ulamak mereka iaitu khomeini.Jika kita buka kitab kitab kitab utama yang menjadi rujukan mazhab syafie tidak ditemukan amalan bubur asyura ini.Hendak buat atau tidak itu terpulang.Yang penting utamakan yang sunnah iaitu berpuasa pada hari asyura.

No comments: