Sunday, November 16, 2014

Period lah pulak.....

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Haid Dan Nifas tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal
Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas
Antaranya:
1) Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2) Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3) Memperbanyakkan zikir, tahlil, tahmid, tasbih dan sebagainya
4) Berselawat ke atas Nabi
5) Bermunajat tengah malam
6) Memuhasabah dan menghitung diri
7) Membaca zikir Asmaul Husna
8)Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9) Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10) Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11) Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12) Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13) ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14) Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15) Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16) Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17) Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18 ) Melakukan perbincangan ilmiah
19) Menjalankan kerja-kerja dakwah
20) Bertafakur
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Semoga amalan2 tersebut dpt menghindarkan jiwa mereka drpd menjadi "buruk & malas"
-Ustaz Nasir -
Post a Comment