Sunday, December 21, 2014

Cara-Cara Mengenal Individu Yang Suka Mengikis Harta Kita

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


 

Tuan perlu berhati-hati dengan golongan-golongan ini.
Menurut Sheikh al-Dimashqi dalam kitabnya al-Isharah menyebut mereka adalah punca duit dan harta tuan habis.
  • Orang-orang yang bermulut manis.
  • Orang yang mencipta, membeli pangkat dan kemuliaan untuk dirinya sendiri. Bertujuan menggunakan simbol pangkat yang dibeli dari pemerintah untuk menunjuk status diri mereka dalam masyarakat.
  • Mereka yang mengaku semua bidang dia boleh buat. Semua boleh.
  • Individu yang sanggup buat apa saja termasuk memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan.
  • Orang yang suka menunjuk-nunjuk simbol-simbol kekayaan seperti menunjukkan gambar-gambar dengan kereta mewah, baju-baju mahal, makan makanan mahal.
  • Orang yang mahu menunjuk alim dengan menggunakan simbol-simbol agama seperti berjubah, berkopiah, berserban termasuk hadir ke majlis-majlis agama.
  • Individu yang menjual barang tiruan. Pada zaman moden ini termasuklah dengan membeli kelulusan akademik palsu dari universiti entah-apa-nama.

No comments: