Sunday, December 21, 2014

Doa keluar rumah

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد







Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:

"Apabila seseorang keluar dari rumahnya, lalu dia membaca :
بسم الله، توكلت على الله، و لا حول ولا قوة إلا بالله.
Pada ketika itu, akan disebut kepadanya :

Kamu akan diberikan hidayah dan petunjuk daripada Allah, cukuplah bagimu dengan perlindungan-Nya dan dirimu akan terpelihara di sisi-Nya.

Syaitan serta merta menjauhinya. Lalu ada syaitan lain yang datang mahu mengganggu.

Syaitan yang mendengar bacaan doa tersebut berkata kepada syaitan yang baru datang untuk mengganggu :

"Bagaimana mungkin kamu boleh mengganggu orang ini yang telah dijamin oleh Allah bahawa dia di dalam hidayah Allah, dicukupkan dia dengan perlindungan tersebut bahkan dia terpelihara di sisi Allah."

Hadith Sahih riwayat Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi, dan Imam An-Nasa'ie.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk sentiasa beramal dengan zikir dan doa yang diajar oleh Nabi-Mu Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam."

Abu 'Ammar Madani,
Baitul Mawaddah, Taman Pelangi Semenyih.

Isnin, 29 Safar 1436H ● 22 Disember 2014.


Post a Comment