.
By: Us. Asraff Ayobb
By: Us. Asraff Ayobb
.
Seseorang berdiskusi dengan saya, 'Ustaz, mengapa saya kerap solat Dhuha tetapi rezeki perniagaan macam biasa je, tak naik pun?'
Seseorang berdiskusi dengan saya, 'Ustaz, mengapa saya kerap solat Dhuha tetapi rezeki perniagaan macam biasa je, tak naik pun?'
Saya tidak terus menjawabnya. Saya memerhatikan anak muda ini dari atas ke bawah. Benar apa yang dipercayainya. Ada banyak hadith yang menjelaskan solat dhuha umpama 'magnet' penarik rezeki.
Cuma, dia sedang bergelut dengan problem sama yang pernah saya alami dahulu. Sebelum ini, saya banyak mengaitkan konsep rezeki yang diinginkan melalui solat dhuha dalam bentuk material.
Kerana itu ketika berdoa, saya banyak fokuskan hajat terkini : rezeki wang banyak, projek menjadi, untung besar dlm bisnes, beli kereta baru, rumah baru. Anda tambah sahaja senarainya yang takkan habis-habis itu.
Semuanya material.
Tetapi Allah s.w.t lebih Maha Tahu apa keperluan terbaik untuk kita. Jarang Dia kabulkan niat 'rezeki material' saya itu. Adalah dua-tiga tapi tidak semua. Apabila ia berlaku, mulalah syaitan menyucuk jarum. Saya mula fikir Allah 'buat tak tahu' dengan doa saya.
Alih-alihnya saya berprasangka, 'buat letih je solat dhuha...tak mujarab sangat pun sebab rezeki tahap tu juga....'
Dari bersungguh solat awal pagi, akhirnya solat dhuha dilakukan sesekali. Nampaknya syaitan telah menang. Menang besar, sebab saya dah malas nak 'connect' dengan Tuhan.
Sedih kan, cepat sangat kita kalah dengan setan.
Tetapi, Tuhan masih 'memandang' saya ketika itu. Dia datangkan ilham & kesedaran untuk memperbetulkan semula apakah maksud rezeki yang dijanjikan dalam amalan solat dhuha.
Kefahaman baru ini benar-benar menyegarkan. Ia menjadikan saya lebih bersemangat kekalkan solat dhuha, tidak kiralah rezekinya banyak atau ciput.
Saya kongsikannya kepada si penyoal : 'sebenarnya, rezeki yang dimaksudkan dalam amalan solat dhuha tidak terbatas kepada material. Ada banyak rezeki yg Tuhan bagi setiap hari, F.O.C (free of charge) di mana ia sebenarnya jauh lebih besar nilainya dari kereta mewah yang kita idamkan.
Lihat rezeki kesihatan yang Tuhan kekalkan. Bukankah ia priceless? kalau tak percaya, tanyalah mereka yang ditimpa kemalangan atau sakit kronik. Tuhan sahaja yang tahu ongkosnya. Contohnya sakit belakang saya sekarang. Bila dah jadi begini, baru saya tahu nikmat main bola. Nikmat jogging. Nikmat sujud dalam solat (sbb la ni masih belum boleh membongkok).
Nasib baik Tuhan tarik sementara kerana Dia masih sudi lagi kongsikan penyembuhnya.
Si penyoal terdiam.
Saya teruskan bicara, 'Lihat pula rezeki anak. Rezeki ada isteri. Rezeki ada ibu-bapa. Semua ini amaaaaat priceless. Kebahagiaan yang mereka kongsikan dalam hidup kita takkan ternilai. Cukup anak kita lewat pulang ke rumah, pening kepala, tak tidur malam kita dibuatnya....'
Tapi rezeki terbesar adalah kita masih beragama islam. Masih ada iman. Masih nak solat, masih nak baca Quran. Itu yg paling utama utk dihargai, sebab selagi semua ini ada, peluang kita utk mengecap 'bapa rezeki' - masuk syurga terbuka luas....'
Apapun, saya tutup pandangan saya dengan poin ini : solatlah dhuha dengan pemikiran BERTERIMA KASIH, bukan meminta, sebab Tuhan already bagi berjuta rezeki kpd kita tanpa diminta sedikitpun.
Fokuskan solat dhuha dengan minda syukur bukannya 'asking'. Anda akan diberi Tuhan segala yang diimpikan without asking pun sebab, Tuhan tahu semua dalam hati kita. Dia 'can read our mind'.
Dirikan solat dhuha dengan mentaliti syukur. Hidup anda akan lebih 'beautiful'.
Tentang rezeki spesifik kita yang senarainya berjela-jela itu, jangan risau. Tahulah Dia aturkan 'big surprise' kepada kita.
Just, kekalkan 'connection' solat dhuha denganNya.
Percayalah.
.
.
Us. Asraff Ayobb
Lepas doa solat dhuha, jangan terus bangun. Bacalah sedikit zikir, istighfar, selawat dan Al-Quran. Baru Tuhan lebih 'happy' & redhoi.
.
Us. Asraff Ayobb
Lepas doa solat dhuha, jangan terus bangun. Bacalah sedikit zikir, istighfar, selawat dan Al-Quran. Baru Tuhan lebih 'happy' & redhoi.
No comments:
Post a Comment