Assalamualaikum. Ma tulis surat ni untuk A. Ma dok tahu doh nok cakap macam mana dengan A supaya A faham .
Ma rasa sangat sedih dengan sikap A. Bagus dan alhamdulillah sangat doh A boleh jadi muazzin surau dan sukarelawan masjid tu. Tapi A , nok barakah dalam hidup ni kita bukan takat comel diluar rumah saja. Dalam rumah kita pun kita nok kena comel jugak.
Sebab Allah yang sama dan malaikat yang sama yang dok tengok perati kita.
Ma rasa sedih dengan sikap A yang suka tangguh kerja . Banyak benda jawapannya nanti dulu. Lepas tu terlupa dan dok buat.Ini sebenarnya berkait dengan sikap bertanggungjawab. Nampak kecik saja , tanggungjawab jemur tuala sendiri, kemas bilik sendiri tapi dari hok kecik tu nantilah
timbulnya rasa bertanggungjawab untuk perkara yang lebih besar.
Suka bertangguh ni jugak ada dalam buat kerja sekolah. Kalau kita tangguh latihan hok cikgu ajar hari ini, esok cikgu ajar hok lain yang memang ada kaitan dengan hok ari ni , hidup kita jadi makin payah. Tak dok kejayaan tanpa kerja keras sebenarnya. Kalu setakat sebut jer cita-cita
dia dok jadi magic. Kena usaha bukan setakat azam saja tapi kena ada praktik. Kalau kita dah jatuh acap kali belajarlah sebab apa . Dok soh dok ulang benda sama sebab hasilnya akan sama jugak nanti.
Jadi mak nok mintak :
1, Bangunlah solat subuh awal -tanpa ma kejutkan.
2. Lepas solat bacalah doa , baca quran 2/3 ayat lepas tu study- jangan tidur lepas subuh- rezeki tertahan kata orang tua.
3. Tolong ma jemur kain ker , tolong apa-apa yang patut . Jangan remehkan kerja-kerja yang kecik ni sebab kita dok tahu amalan kita hok mana Allah terima. Kita rasa hok kat masjid tu besar tapi kalau nawaitu kita dok jelas .takut Allah dok terima.
4. Lepas tu se lagi kena ingat redho mak bapak tu penting , kalau tiap -tiap pagi mok kita dok sakit hati/ berasa hati dengan sikap kita - kehidupan kita jadi dok berkat- kalu berjaya pun jadi istidraj.
sekian dari ma- ma sayang A sebab tu ma royat ni.....
No comments:
Post a Comment