Oleh : Mahmud mahdi Istambuli
.
Saya telah dihubungi melalui telefon
oleh seorang ibu yang mengadu bahawa anaknya seorang budak yang pemalas dan
bertanyakan cara mengatasinya. Dibawah ini saya turunkan jawapannya.
Adalah menjadi kebiasaan ibubapa
memandang anaknya yang pemalas itu dengan pandangan yang benci dan hina serta
meletakkan punca malas itu atas diri anaknya sendiri. Akibatnya mereka menggunakan
berbagai hukuman samada berbentuk fizikal atau cacian untuk menggesanya supaya
lebih bersifat tekun dan berusaha. Tetapi hukuman selalunya tidak membawa
sebarang faedah . Malah boleh menyebabkan anak menjadi liar dan memberontak
menentang mereka.
Bertenanglah wahai setiap ibubapa !
Pendidikan moden memberikan perhatian yang berat kepada sifat malas ini dengan
mencari punca-punca kemalasan itu untuk diatasi . Seorang yang pemalas adalah
umpama seorang ‘pesakit’ Pernahkah kita melihat seorang doctor menghukum
pesakitnya kerana mengidap penyakit itu.
Pertamanya kita haruslah membawa
kanak-kanak yang malas itu untuk dirawat oleh doctor. Mungkin dia mengidap
penyakit lemah akal , penyakit saraf atau penyakit fizikal (yang berterusan atau sementara) yang
menghalangnya untuk mengikuti pelajaran . Kalau ternyata dia tidak mengalami
sebarang penyakit, kita perlu mencari guru-guru yang mengajarnya . Mungkin
merekalah yang menjadi punca malasnya atau bencinya pada pelajaran. Umpamanya
mungkin cara mengajar mereka tidak Berjaya , atau guru itu seorang yang tidak
stabil atau bengis dan tidak digemarinya. Kanak-kanak adalah seorang manusia
seniman yang tidak dapat melakukan tugasnya kecuali dalam suasana riang,
seronok dan dikalangan manusia yang mengasihi dan dikasihinya.
Sikap pemalas anak-anak mungkin juga
disebabkan oleh sikap ibubapanya yang tidak mahu membantunya dalam usaha
pertamanya atau dari peraturan hidup yang pincang dan gangguan terhadapnya,
atau dari dua ibubapanya yang pemalas atau dari guru-guru yang mengkritik
ketidakmampuannya. Umpamanya kata mereka “engkau” bodoh, kau tak boleh jadi
manusia , kau tak punya masa hadapan “ dan lain-lain. Kata-kata ini telah saya
sentuh dalam buku saya “kelemahan kanak-kanak” yakni semasa saya membincangkan
tajuk “saranan”.
Tidak wujudnya suasan ilmu dirumah ,
dismaping kejahilan keduan ibubapa , layanan yang tidak baik , kesempitan hidup
dan buruknya keadaan ekonomi kerana boros , tidak cukup makanan , perbalahan
rumahtangga , semuanya itu mungkin boleh membawa kepada kegoncangan jiwa
kanak-kanak serta pengabaiannya..
Rakan-rakan yang burk akhlaknya juga
merupakan faktur yang terpenting menyebabkan keciciran pelajar dan kecuaiannya.
Selain dari itu terdapat berbagai-bagai
punca yang menyebabkan sifat malas. Antaranya tidak berminat kepada
matapelajaran sains yang ia dipaksakan untuk mempelajarinya. Ini adalah masaalh
terbesar kerana system pendidikan dinegara kita tidak memberi ruang kepada
“pengkhususan” melainkan diperingkat university.Keadaan ini menyebabkan pelajar
menghadapi pelbagai masaalh dengan mempelajari maklumat –maklumat yang tidak
diminatinya, seperti mana juga umpama seorang pesakit merasa sakit kerana
bencikan makanan yang tidak boleh dihadam oleh alat pencernanya. Sistem ini
telah banyak “membunuh” kanak-kanak yang cerdik yang menyebabkan mereka hidup
merempat dan membenci masyarakat.
Sebahagian dari kanak-kanak yang cerdik
itu telahmenyelamatkan diri dari belenggu system pendidikan dengan menyartai
pengajian bebas, pengajian tanpa ijazah dan mereka mencapai kejayaan yang
cemerlang.
Dahulu Thomas Alva Edison disingkirkan
dari sekolah kerana pada pandangan gurunya ia tidak sesuai untuk belajar.
Apabila ia telah tereselamat dari mereka ia telah menjadi seorang pereka yang
terkenal. Begitu juga Albert enstaince tokoh yang terkenal itu. Dulunya beliau
dianggap murid yang tidak berguna pada pandangan gurunya.
Pada suatu hari seorang negarawan telah
melawat kesekolah yang ia pernah belajar dahulu dan menjenguk kekelas lamanya. Negarawan tersebut meminta guru kelas itu menunjukkan
padanya murid yang paling malas. Guru itu menunjukkan kearah seorang murid yang
bagun dengan rasa malu menemui negarawan itu. Guru itu menyangka negarawan itu
akan menghamunnya atau akan mensihatinya. Tetapi negrawan itu berkata kepada
murid itu “ bergembiralah, kamu akan Berjaya.
Dulu , guru-guru aku juga melihat padaku seperti mereka melihat kamu pada hari
ini.”
Walau apa pun pelajar-pelajar yang malas
ini , otak mereka akan bersinar kiranya dididik dengan baik. Kanak-kanak
bagaikan kuntum bunga , tidak boleh bersegera mengajar nya atau berputusasa
untuk mengajarnya. Mungkin ia akan Berjaya dengan kecerdikan dan pemikiran yang
cerdas. Dahulu semasa disekolah menengah ada seorang teman saya yang sentiasa menjadi bahan ejekan
dan usikan guru sains. Hari ini dia adalah seorang yang bijak.
Oleh itu wahai ibubapa dan guru!
Renungilah dirianda dan cara didikan serta pengajaran anda. Nescaya anda akan
dapati biasanya disitulah punca kenapa kanak-kanak pemalas muncul.
Hapuskan system sijil dalam pengajian ,
kelak kanak-kanak pemalas itu akan bertukar menjadi cendiakawan , atau cepatkan
pengkhususan kerana seperti yang disebutkan dalam hadith “setiap sesuatu
dijadikan untuknya”
No comments:
Post a Comment