Sunday, March 29, 2015

Bolehkah tuala wanita atau tampun menyebabkan kanser serviks?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Ramai dari penjual tuala wanita berherba mendakwa tuala wanita biasa penyebab kanser .
Betulkah.....
 Jom kita baca apa kata doktor ini :

Bolehkah tuala wanita atau tampun menyebabkan kanser serviks?
                  Setakat ini, tiada bukti atau kajian menyatakan bahawa tuala wanita atau pads boleh menyebabkan kanser serviks. Tampon tidak mengandungi asbestos yang kononnya boleh menyebabkan kanser. Kandungan bahan peluntur pada tuala wanita seperti dioxin sangatlah rendah dan tidak membahayakan wanita. Peluntur ini cuma digunakan pada zaman dahulu dan tidak lagi digunakan dalam tuala wanita pada waktu sekarang. Cellulose gel, sejenis sodium poly-acrylate yang didapati dalam tuala wanita juga boleh didapati dalam napkin bayi terbukti selamat untuk kegunaan kita selepas kajian dibuat oleh pakar toksikologi.
                  Penggunaan tuala wanita secara tidak bersih merupakan salah satu punca berlakunya ‘dysplasia’ atau perubahan awal kepada sel-sel abnormal pada serviks disebabkan infeksi yang berterusan. Kisah ini terbukti di India di mana kebanyakan wanita di negara itu tidak mampu untuk membeli tuala wanita dan terpaksa menggunakan kain biasa sahaja untuk digunakan berulang-ulang kali. Kajian ini menunjukkan kes kanser serviks adalah tinggi untuk golongan wanita yang menggunakan kain tuala wanita seperti ini. Selain itu, golongan ini juga kerap mengalami masalah wanita lain seperti discaj berbau, jangkitan pada sistem peranakan dan jangkitan air kencing.
Penggunaan pencuci wanita juga telah membuktikan bahawa kandungan pencuci ini tidak menyebabkan kanser serviks. Malah, wanita yang sering mencuci bahagian kelamin dan menggunakan tuala wanita yang bersih kurang mendapat penyakit kelamin.
Kesimpulannya, penyakit kelamin wanita dan kanser serviks cuma akan boleh berlaku sekiranya kebersihan diri tidak dijaga. Adalah penting untuk setiap wanita memastikan penggunaan tuala wanita tidak menjadi sumber kepada pertumbuhan jangkitan kuman yang boleh membahayakan diri kita. Dengan menukar tuala wanita dengan kerap dan mencuci bahagian kelamin boleh mengelakkan sebarang jangkitan kepada wanita. Pelbagai jenis produk tuala wanita boleh didapati di pasaran yang terbukti selamat untuk kegunaan wanita. Semuanya bergantung kepada anda untuk memilih produk mana yang lebih selesa untuk diri anda. Selain itu, elakkan hubungan seks bebas yang boleh menjurus kepada kanser serviks dan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti HPV, AIDS dan Hepatitis B.
Dr. Mardiana Kipli M.D. (UNIMAS) merupakan seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang mempunyai kelulusan  Sarjana Perbidanan dan Sakit Puan (Masters in Obstetric & Gynaecology) dan sedang berkhidmat di Kuching. (dikemaskini)

Baca lanjut disini 

No comments: