Ketika berziarah ke rumah seseorang bersama Hj Awang,orang tersebut bercerita," Jika saya mati,saya dah dah tak bimbang kerana saya dah tinggalkan bekal harta untuk anak-anak supaya hidup mereka tidak susah."Bila meninggalkan rumah tersebut,Hj Awang berbisik dengan saya,"Dia salah berbekal.Allah tak suruh meninggalkan bekal untuk yg hidup kerana yang hidup dijamin rezekinya,bekal hidupnya,oleh Allah.Allah berpesan supaya berbekallah untuk pergi ke alam akhirat."
Banyak orang cukup risau dengan hidup anak anak masa depan,apa pekerjaan mereka,tempat tinggal,harta dsbnya.Maka banyak orang membeli harta, menyimpan pendapatan untuk anak anak,sanggup tidak berbelanja,apalagi nak mengguna untuk berbust kebajikan.Walaupun sesetengah orang dulunya dia tidak ditinggal apa harta oleh ibubapa,dia tetap risau jika tidak meninggalkan harta untuk anak.
Hakikatnya,tuhan menyuruh kita mengambil habuan dunia ini sebagai bekalan ke akhirat,bukan buat bekal utk yg hidup,kerana yg hidup Allah akan beri rezekinya.Sesiapa risau rezeki anak,ia seolah tidak meyakini tuhan akan memberi rezeki,tidak meyakini tuhan mampu dan berupaya memberi rezeki dan seolah mereka mahu mengambilalih kekuasaan Allah untuk memberi rezeki.Bukan tidak boleh mewariskan harta kpd anak,berpadalah,,sepatutnya harta yg Allah beri kpd kita lebih banyak diguna untuk menjadi bekalan ke akhirat dg sedekah jariah,waqaf, kerja kebajikan dsbnya.Dalam sunnah nabi pun,baginda tidak meninggalkan bekalan untuk anak bila baginda wafat,maka sunnah mana yg kita ambil untuk menyedia bekal hidup untuk anak hingga menjadi perkara merisaukan.
Sebaik bekalan untuk anak bukanlah harta tetapi ilmu agama,ilmu kemahiran untuk hidup,untuk bekerja,didikan akhlak untuk menjadi insan yg baik pada manusia dan pada tuhannya.Ini terkandung dalam tanggungjawab mendidik.Jika ini telah sempurna,bertawakkallah kpd Allah,yakinlah Allah akan memberi rezeki.
Berbimbanglah dg nasib kita diakhirat,cukupkah apa yg dibawa,apa yg dikerjakan didunia kerana jika didapati bekal yg dibawa tidak cukup,kita sudah terlewat.Siapalah kita yg berpuashati dg apa yg dikerjakan didunia berbanding para sahabat nabi dan ulamak besar yg menangis takut amalan tidak cukup ketika mengadap tuhan.
Seorang anak yg baik,sepatutnya tidak mengharap harta ibubapa,bahkan mengharap ibubapa menjadikan harta mereka penebus dosa dan sebagai bekal ke akhirat utk diri mereka.Bila mati anak adam putuslah amalnya kecuali ilmu yg bermanfaat yg diajar,anak yg soleh yg mendoakan dan sedekah jariah.Jelas bekalan yg baik adalah meninggalkan anak yg soleh,meninggalkan ilmu yg bermanfaat dan harta yg telah menjadi sedekah jariah,bukan meninggalkan harta untuk anak anak.
ABD GHANI HARON.Sharelah jika rasa bermanfaat utk dikongsi.
ABD GHANI HARON.Sharelah jika rasa bermanfaat utk dikongsi.
No comments:
Post a Comment