.
Alangkah jauhnya pemikiran orang-orang
tua kita dahulu , mereka membina rumah mengikut prinsip-prinsip morak dan
mengambil perkiraan mengenai kanak-kanak. Mereka menguntukkan ruang yang luas
untuk kanak-kanak bermain, pokok-pokok besar untuk dipanjat dan disangkut
buaian disitu, Semua itu disediakan untuk menjamin kanak-kanak supaya boleh
bermain, berhibur hati dan mengurangkan
perhatian mereka untuk bermain dijalan-jalanraya dan bersenda gurau dengan
kanak-kanak yang rosak akhlaknya- yang
boleh merosakkan kesihatan dan perangai mereka.
Semua itu telah berakhir dari rumah kita
atas nama tamaddun moden sehingga tepat sekali terjadi keatas kita kebenaran
sabda Rasulullah AllaLlahu ‘alaihi Wasallam.
“Kamu akan mengikuti cara hidup orang
sebelum kamu sejengkal demi jengkal , sehasta demi sehasta, sehingga kalau
mereka masuk kelubang biawak pun kamu akan turut serta:.
Rumah-rumah moden kita hari ini bagaikan
penjara yang kotor, yang dihumban kanak-kanak kedalamnya supaya mereka tidak
lari dari rumah dan bermain dijalanraya bersaa dengan anak-anak jiran. Ini
aialah keran sempitnya rumah-rumah dan tidak disediakan pula sebarang keperluan
yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Yang lebih menyedihkan rumah-rumah ini
juga telah menyebabkan siayah melarikan diri daripadanya dan menghabiskan waktu
dikedai-kedai kopi dengan mengabaikan anak-anak serta pendidikan mereka,
sehingga membawa akibat –akibat buruk dari segi akhlak dan pelajaran.
Barangkali mereka mempunyai sebab
tersendiri mengapa membina rumah yang sempit sebegitu . Ini mungkin kerana
keluasan tanah yang sempit dan harganya yang mahal.Lalu mereka gantikan
anak-anak dengan taman-taman rekreasi awam dan menubuhkan persatuan-persatuan
sukarela untuk menyebukkan kanak-kanak dapat menikmati kesukaan-kesukaan mereka
dibawah bimbingan penyelia yang pakar dalam pendidikan.
Nampaknya kita hanya mengambil kira dari
satu sudut sahaja akan tradisi itu kerana ia menjimatkan , tetapi kita
mengabaikan kesihatan kanak-kanak serta moral mereka yang pada pandangan ramai
berada ditahap ketiga atau keempat.
Satu cerita yang menarik yang saya
dengar berkaitan dengan ini ada seorang lelaki telah menjual rumah tradisional
nya yang cantik lagi lapang disalah satu kawasan lama untuk tinggal diflat yang
gelap bagaikan kubur , yang tidak ditembusi cahaya , yang terletak di Jalan Abu
Ramanah.
No comments:
Post a Comment