Monday, April 6, 2015

Khasiat Lobak Merah

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

by ;bernama radio
Khasiat Lobak Merah
1. Batu Karang
Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.
2. Ekzema
Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.
3. Hipertensi
Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘pengisar’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.
4. Sakit Ketika Datang Haid
Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus.
Minum jusnya 2 kali sehari
Selamat Mencuba smile emoticon
Post a Comment