Wednesday, April 8, 2015

MODUL HAPUSKAN RASA MALU

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


by dr abu anas madani
Antara modul popular dalam mana-mana program latihan atau motivasi ialah untuk membuang rasa malu dan sebagainya.
Ketahuilah, rasa malu itu satu perhiasan yang perlu dijaga. Tidak perlu berusaha untuk membuangnya, cukuplah kita lalai seketika, berfikir tidak mengapa, lalu perhiasan ini akan hilang sedikit demi sedikit.
Malu itu bukan sekadar perhiasan, bahkan ia adalah perisai. Hilang malu, sudah runtuhlah benteng hadapan kita.
عَنْ أَبِي السَّوَّارِ الْعَدَوِيِّ ، قَالَ : سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ “
Abu As-Sawwar al-’Adawi berkata: Aku mendengar ‘Imran bin Hussain radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah sifat malu itu muncul melainkan dengan kebaikan. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no : 5681]
عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ : ” إِنَّ الْحَيَاءَ وَالإِيمَانَ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَرُ ” .
Sa’id bin Jubair berkata: ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya sifat malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satu hilang, maka hilanglah yang lain. [Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah : 20]
Post a Comment