Tuesday, April 7, 2015

PERIBADI KANAK-KANAK : KALAU TIDAK DIHORMATI AKAN LAYU

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


.
Dikalangan sebahagian besar keluarga kita ,kanak-kanak tidak mempunyai kedudukan penting. Kalau mereka bersuara maka suara mereka tidak didengari, malah mereka dihina . Kalau ia mengeluarkan pandangan mereka mentertawakannya. Kalau ia bermain untuk menyuburkan aqal dan jasmaninya mereka memukul dan menderanya.

Dalam suasana yang tercekik dan lesu ini, kanak-kanak hidup bagaikan tawanan, yang setiap hari ada sahaja yang mati. Ada seorang ibu bertanya kepada saya: “kenapa kita tidak mempunyai perka-pereka dinegara kita seperti yang terdapat dinegara Barat?”Saya menjawab: : Sebabnya adalah berpunca dari system pendidikan kita yang slah , samaada dirumah atau disekolah.”
Kanak-kanak semuanya dilahirkan sebagai pereka . Tidakkah kita lihat bagaimana kanak-kanak mencipta mainan baru dari pemikiran baru. Sepatutnya kita memberi galakan dan memberi apa yang apa yang mereka perlukan untuk mencipta. Tetapi apa yang berlaku kita ketawakan dan menengking mereka sehingga layu segala bakat yang ada pada mereka, Jadi apakah yang menghairankan lagi setelah mereka kita perlakukan demikian dan mendapati anak-anak kita tercicir dibelakang kanak-kanak bangsa lain. Peribadi mereka lemah , aqal mereka malap dan bakat mereka layu.

Kita tidak sepatutnya merasa hairan kalau itu berlaku. Tetapi apa yang patut kita hairankan ialah kiranya ada dikalangan anak-anak kita suatu cebisan kejayaan hidup mereka setelah mereka mengalami pendidikan yang kasar dan keras itu.
Kanak-kanak adlah makhluk yang lemah lembut , tetapi punya naluri dan keinginan yang membolehkannya menjadi manusia maju. Kita hanya perlu memeberikannya sedikit kebebsan bekerja, menghormati pandangan dan kata-katanya-kecuali yang ternyata salah.

Terdapat kata-kata dama tradisi islam”hormatilah orang yang kamu belajar daripadanyadan orang yang kamu ajari”. Orang yang kita belajar daripadanya kita hormati, tetapi orang yang kita ajari apakah kita menghormati mereka?

YA! Itulah apa yang disarankan oleh pendidikan moden. Mengabaikan penghormatan itu boleh menyebabkan kelemahan jiwa kanak-kanak. Alangkah majunya islam dan alangkah jauhnya kita dari ajaran dan tunjuk ajarnya?

No comments: