by Ustazah maznah daud
Soalan:
Assalamualaikum ustazah. Nak minta pencerahan sikit dari ustazah. Harap ustazah dpt membantu saya menjawab persoalan ini.
Soalan saya.. Saya nak minta pandangan dari ustazah. Adakah selepas kita berkahwin (anak perempuan) kita perlu mengutamakan emak mertua kita berbanding emak kita sndiri? Kemudian bagaimanakah sepatutnya layanan seorang menantu lelaki terhadap ibu mertuanya. Adakah sama kedudukannya dgn emaknya sendiri?
Harap ustazah dpt memahami soalan saya.. Saya mohon sangat pencerahan dari ustazah.
Harap ustazah dpt memahami soalan saya.. Saya mohon sangat pencerahan dari ustazah.
Saya dahului dgn jazakillahhu khairan kathira..
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wrwb.
Allah Ta’ala perintahkan agar anak-anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Cuba kita renung maksud firmanNya ini:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uff" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.” (Al-Isra’: 23-25)

Perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang terkandung di dalam ayat di atas, ditujukan kepada semua anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda, sudah berkahwin atau belum berkahwin. Tambahan pula, kalau diperhatikan di dalam ayat di atas Allah menyebutkan “Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu…”. Ini secara tidak langsung menggambarkan ibu bapa yang telag tua sepatutnya berada di bawah jagaan anak-anak. Dan pada ketika ibu bapa telah tua, biasanya anak-anak mereka telah memasuki gerbang rumahtangga. Ketika ibu bapa masih muda, anak-anak mereka masih kecil dijaga oleh mereka.
Kalau seorang perempuan yang telah berkahwin disuruh mengutamakan ibu mertuanya, siapa pula yang akan menjaga ibunya? Mungkin ada yang menjawab, anak lelakinya. Kalau ibu tidak mempunyai anak lelaki?
Sesungguhnya antara kewajipan seorang suami ialah melayani isterinya dengan baik sebagaimana yang diperintahkan Allah di dalam firmanNya yang bermaksud: “dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)
Melayani isteri dengan baik termasuklah menghormati ibu bapanya dan tidak memutuskan silatul-rahim isteri dengan kedua ibu bapa dan kaum keluarganya. Memutuskan silatul- Rahim adalah satu daripada dosa-dosa besar. Adakah munasabah dan bersesuaian dengan prinsip Islam, seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, kemudian ibu bapanya diabaikan?
Saya tidak fikir seorang suami hanya wajib berbuat baik kepada ibunya sahaja sedangkan ibu mertuanya tidak. Pada pendapat saya, setiap anak mesti memberi layanan yang sama kepada kedua pihak, ibu sendiri dan ibu mertua kerana kedua-duanya sangat besar jasa kepada kita. Ibu melahirkan dan mendidik kita, ibu mertua melahirkan dan mendidik pasangan kita. Tanpa ibu mertua, tidak adalah isteri atau suami kita. Kalau kita sayangkan isteri atau suami kita, sepatutnya kita sayangi orang yg melahirkannya. Oleh itu, tidak patut timbul ibu sendiri dan ibu mertua. Pasangan suami isteri wajib merasakan bahawa kedua-duanya adalah ibu mereka dan mereka wajib berbakti kepada kedua-duanya.
Lantaran itu bila saya doakan ibu bapa saya, tidak pernah saya tinggalkan doa untuk ibu bapa mertua
"اللهم اغفرلي ولوالدي واغفرلزوجي ولوالديه"
"Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. dan ampuni dosa suamiku dan dosa kedua ibu bapanya"
"اللهم اغفرلي ولوالدي واغفرلزوجي ولوالديه"
"Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. dan ampuni dosa suamiku dan dosa kedua ibu bapanya"
No comments:
Post a Comment