Monday, June 8, 2015

Antara dua pilihan

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Syaitan sangat gembira bila  Nabi Adam  (‘alayhi’l-salam) dikeluarkan dari syurga, tetapi dia tidak 
tahu bahawa bila seorang penyelam menyelam kedalam laut , dia kan mengumpul permata dan naik semula keatas-  Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (d. 751 AH).

Kejatuhan/keluarnya Nabi Adam a.s dari syurga bukanlah satu kemusnahan baginya tetapi merupakan satu kekuatan . Rahsianya ia lah baginda mengekalkan ketaatannya kepada Allah swt, tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah swt. Nabi Adam telah berjaya mengubah keadaannya dengan bertaubat, dengan menghambakan dirinya untuk mendapat pengampunan Allah , dan baginda dimuliakan oleh Allah swt.

Tak kira sejauh mana pun syaitan telah menyesatkan anda dari Allah swt, sedarlah bahawa Anda adalah umpama penyelam dilautan dalam. Anda boleh saja tenggelam dalam lautan dosa-dosa anda atau anda boleh juga mengutip mutiara pengampunan Allah swt dan bangkit semula dengan lebih banyak kekayaan dan kejayaan .- Yasir Qadhi





No comments: