IKUT IMAM HINGGA SELESAI
Ramadhan kali ini, jika kita berkemampuan, dan tidak mengganggu kewajipan yang lain, usahakanlah untuk teruskan solat terawih dan witir hingga selesai bersama imam tidak kira berapa rakaat yang dilakukan.
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama imam hingga selesai, ditulis untuknya (ganjaran) solat keseluruhan malam
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab Qiyamillail Wa Tathowwu’ an-Nahar, hadis no : 1281]

~~~~~~~~
عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، قَالَ : صُمْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ ،
Abu Dzar radiallahu ‘anhu berkata: Kami puasa bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam bulan Ramadhan.

فَلَمْ يَقُمْ ، بِنَا حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ مِنَ الشَّهْرِ ،
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak mendirikan solat malam bersama kami sehinggalah Ramadhan hanya tinggal tujuh hari sahaja.

فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ،
Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam pun mendirikan solat malam bersama kami sehingga berlalunya sepertiga malam.

ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا فِي السَّادِسَةِ ،
Kemudian apabila malam keenam akhir Ramadhan, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak mendirikan solat malam bersama kami.

فَقَامَ بِنَا فِي الْخَامِسَةِ ، حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ ، اللَّيْلِ ،
Pada malam kelima akhir Ramadhan, baginda mendirikan solat malam bersama kami hingga berlalunya separuh malam.

فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ ،
Aku (Abu Dzar ) berkata: Bagaimana jika kita penuhkan baki malam ini dengan solat?

فَقَالَ : " إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ "
Baginda menjawab: Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama imam hingga selesai, ditulis untuknya (ganjaran) solat keseluruhan malam.

ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا حَتَّى بَقِيَ ثَلاثٌ مِنَ الشَّهْرِ ،
Kemudian, baginda tidak solat (terawih) bersama kami hinggalah masuk malam ketiga akhir Ramadhan,

فَقَامَ بِنَا فِي الثَّالِثَةِ ،
lalu baginda pun solat bersama kami pada malam ketiga akhir itu.

وَجَمْعَ أَهْلَهِ وَنِسَاءَهُ حَتَّى تَخَوَّفْنَا أَنْ يَفُوتَنَا الْفَلاحُ ،
Baginda mengumpulkan ahli keluarganya dan isteri-isterinya (untuk solat malam berjemaah) hingga kami takut-takut jika akan terlepas al-Falah.

قُلْتُ : وَمَا الْفَلاحُ ؟ قَالَ : السَّحُورُ
Seorang perawi bertanya: Apa maksud al-Falah. Dia menjawab: Sahur
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab Qiyamillail Wa Tathowwu’ an-Nahar, hadis no : 1281]
Seorang perawi bertanya: Apa maksud al-Falah. Dia menjawab: Sahur
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab Qiyamillail Wa Tathowwu’ an-Nahar, hadis no : 1281]
Baca di sini hukum-hakam solat terawih -->http://alkahfi.com.my/sunatkah-solat-terawih-berjemaah/
No comments:
Post a Comment