Di bulan Ramadhan yang mulia ini, berusahalah untuk BERHENTI bercerita peribadi atau urusan individu ORANG LAIN. Jangan sampai puasa itu hanya lapar dahaga tetapi Allah swt tidak mengendahkannya.
Nabi bersabda :
من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
Ertinya : Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata buruk, dan perbuatan buruk, maka tiadalah bagi Allah hajat kepada penahanan makanan dan minuman (seseorang yang berpuasa itu)" ( Riwayat Al-Bukhari)
Ibn Al-`Arabi dan al-Qaradawi masing-masing mengulas bahawa pahala puasa akan hancur dengar kesalahan-kesalahan ini, puasa tidak batal tapi pahalanya batal, hingga jadilah puasanya kosong, lagi gagal menghasilkan taqwa yang menjadi sasaran.
Umar ibn Al-Khattab berkata :
"Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga dari bercakap bohong, tipu dan cakap kosong"- ustaz Dr Zaharuddin
No comments:
Post a Comment