Monday, June 29, 2015

Khasiat Sirih

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Allah penyembuh. Ini hanyalah ikhtiar kita sebagai manusia .....
by :/bernamaradio24  
1. Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
2. Menghilangkan Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas pada badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
3. Hidung Berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan ke hidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
4. Sakit Gigi
Kunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
5. Demam Panas
Tiga helai daun sirih diramas dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
6. Ruam peluh
Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Selamat Mencuba smile emoticon

No comments: