Saturday, August 8, 2015

Apa yang berlaku pada 21 Ogos 1969



بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Dari printdeen

Sebut je 31 Ogos, mesti ramai yang terbayang tarikh kemerdekaan
Malaysia, kan?
Tapi berapa ramai pula yang tahu 21 Ogos adalah tarikh memperingati 
al-Aqsa?
21 Ogos 1969 lalu, Masjidil Aqsa dibakar oleh seorang pelampau Yahudi berbangsa Australia. Michael Dennis Rohan namanya. Peristiwa pahit itu memaparkan kezaliman yang berlaku apabila tiada satu pun bantuan bomba yang dihantar untuk memadamkan kebakaran.

Allah Maha Berkuasa! Allah lah yang telah menyelamatkan Masjidil Aqsa daripada terus dijilat api yang marak. Akhirnya api dapat dipadamkan. 
Rohan dibawa ke muka pengadilan oleh Yahudi. Tapi itu semua hanya
 kepura-puraan. Rohan mengakui diutus Allah untuk melakukan pembakaran,
 seperti yang telah disebut dalam kitab Zakaria. Mahkamah akhirnya membebaskannya atas alasan dia tidak lagi siuman. Ketidak adilan sekali lagi
 berlaku! 

Masyarakat Islam bangkit mempertahankan Masjidil Aqsa yang dihina sebegitu rupa. Kerugian yang ditanggung tidak dapat dinilai dengan mata wang. Dan sehingga sekarang rakyat Palestin masih bergelumang dengan kezaliman rejim Zionis.

Episod duka Palestin masih belum berhenti sehingga saat ini. Sempena ulang tahun memperingati peristiwa ini, jom sama-sama kita bakarkan semangat kita dan orang sekeliling kita untuk tingkatkan usaha pembelaan dan kepedulian kita pada Palestin dan Masjidil Aqsa; kiblat pertama umat ini.

No comments: