Wednesday, February 17, 2016

[ SIFAT PENUNTUT ILMU ]

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Kata Imam Syafi'i Rahimahullahu Ta'ala mengatakan "Tidak akan dapat seseorang itu akan ilmu kecuali dengan 6 perkara yang mesti ada pada seorang penuntut ilmu itu.
1)Akal. Mestilah orang itu berakal. Orang yang tak ada akal, gila tak boleh belajar ilmu tapi kalau ada orang yang tahap IQ dia rendah juga dia layak untuk belajar ilmu. Bukan semestinya orang yang tinggi IQ dia sahaja yang layak belajar ilmu. Bukan!! Sesiapa sahaja layak untuk belajar ilmuasalkan dia berakal.
2)Tamak kepada ilmu. Tamak ini maksudnya dia semakin bersemangat, ada keinginan yang tinggi untuk dia mendapatkan ilmu. Yang mana dia rasa nak lagi, nak lagi sehingga dia akan menghadiri majlis ilmu dan bersemangat untuk berjumpa dengan Para Guru dan Masyeikh untuk dia nak menuntut ilmu. Itu adalah sifat seorang penuntut ilmu.
3)Perlu ada kesungguhan, kena rajin tak boleh malas. Dia kena rajin untuk mengulang kaji ilmu yang dia dapatkan. Sebelum belajar dan selepas pengajian dia kena selalu untuk mengulangkaji ilmu itu.
4)Seorang penuntut ilmu itu mestilah mempunyai kelengkapan baik itu dari segi bekalan dan kewangan untuk dia belajar baik itu kena ada pen, buku catatannya, kitabnya tapi hari ini kita lihat Guru yang mengajar je yang ada bawa kitab, bawa pen dan buku catatan tapi yang lainnya MashaAllah hebat daya ingatannya, redha hanya mendengar sahaja tidak mencatat ilmu yang dia dapatkan. Alangkah baiknya kalau kita ini sekurang-kurangnya mesti kena ada pen dan buku catatan.
5)Seorang penuntut ilmu itu mestilah kena ada panduan kena ada Guru. Tak boleh baca kitab sendiri-sendiri apatah lagi zaman sekarang ini lagi canggih dengan segala-galanya hanya di hujung jari sahaja. Nak apa kita type je search je di internet. Wajib bagi seorang penuntut ilmu itu belajar kena ada Guru
6)Perlulah seorang penuntut ilmu itu menuntut ilmu sepanjang zaman. Tak boleh nak belajar dalam tempoh yang sekejap. Ianya mesti kena berdamping dengan Para Guru dalam suatu tempoh yang panjang. Kalau ada yang mengatakan "Saya ini dah tua dah. Saya kena menuntut ilmu juga ke?" Jawabnya "Ya. Kamu kena menuntut ilmu daripada buaian sampai ke liang lahad."
Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullahu Ta'ala. Dia tidak pernah tinggal pen dan juga dakwat.
Orang menanyakan kepada beliau "Wahai Imam Ahmad. Kenapa kamu ini dah tua dah, dah alim dah, dah hafal 1 juta hadis dah tapi kenapa kamu tetap bawa lagi dakwat dan pen? Lalu Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullahu Ta'ala menjawab mengatakan "Daripada dakwat sampailah ke liang kubur saya tak akan tinggalkan alat-alat untuk belajar untuk menuntut ilmu."
[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]

No comments: