oleh abu anas madani
BACALAH DUA AYAT ALLAH SEBELUM TIDURMU, MUDAH-MUDAHAN CUKUP UNTUK MEMELIHARA DIRIMU DENGAN IZIN DARIPADA-NYA.
Daripada Saidina Abu Mas'ud Radhiayallahu 'Anhu, daripada Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam bahawa Baginda pernah bersabda :
"Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada Surah al-Baqarah pada waktu malam, nescaya cukuplah untuknya."
Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim rahimahumallah.
Al-Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah menyatakan di dalam kitabnya الوابل الصيب :
"Cukuplah untuknya bermaksud cukuplah untuk memelihara dirinya daripada segala perkara yang buruk."
Ayuh beramal dan yakin dengan amalan sahih yang dilakukan oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam terutamanya ketika sunnah Baginda semakin dilupakan oleh ummatnya.
Surah al-Baqarah, ayat 285-286.
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِير (285)
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)
BACA, AMAL DAN SEBARKAN.
Semoga bermanfaat untuk semua dan tersebar kebaikan.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Sebelum tidur, bacalah dua ayat terakhir daripada Surah al-Baqarah (ayat 285 - 286) yang dilampirkan di sini.
No comments:
Post a Comment