Sunday, October 2, 2016

[Isu Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun]

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Image result for awal muharram

Dari fb ustaz Rozaimi
Ramai yang bertanya saya tentang isu ini. Saya katakan riwayat Nabi sallallah alaih wasallam berdoa setiap hujung bulan itu daif seperti yang disebut oleh al-Uqaili dan Abu Daud walaupun ada ulama yang menilainya sebagai hasan. Ia hanya sahih dari sebahagian sahabat baginda.
Namun lafaz doa itu sangat ringkas dan tidak sama seperti lafaz doa awal tahun dan akhir tahun.
Seperkara yang perlu difikirkan:
Bukankah perkiraan tahun hijrah ini dimulakan pada zaman Umar bin al-Khattab? Umar dan para sahabat berbincang tentang bulan yang sesuai untuk permulaan tahun dan ada yang mencadangkan bulan selain Muharram. Namun Muharram dipilih kerana ia bulan yang muncul selepas orang balik dari haji dan sememangnya ia permulaan bagi tahun di zaman jahiliah. Jika benar doa ini menjadi ritual himpunan bagi Nabi sallallah alaih wasallam dan para sahabat berdoa di setiap hujung tahun dan awal tahun maka Umar tidak perlu berbincang dengan para sahabat yang lain.
Kesimpulannya:
1. Bab doa ini luas. Boleh berdoa seperti dalam riwayat sahabat di hujung bulan iaitu lafaznya:
اللهم أهله علينا بالأمن والإيمان والسلامة والإسلام...
Atau dengan apa-apa lafaz yang lain yang sesuai.
2. Namun berkumpul beramai-ramai untuk berdoa di hujung tahun dengan lafaz khusus dan melazimi kaifiat tertentu tidak terdapat dalam mana-mana riwayat hadis.
Wallahua'lam. Moga bermanfaat.

No comments: