by ustazah maznah daud
MERTUA DAN MENANTU
Kisah sedih yang sering berulang: hubungan mertua dengan menantu. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang ibu tunggal berusia 81 tahun. Selepas berkenalan secara ringkas mengenai keluarga dan latar belakang satu sama lain, dia bertanya:
- Ustazah, menantu awak ok tak?
- Alhamdulillah ok. Semuanya baik-baik
- Ooo menantu perempuan lain daripada menantu lelaki kot? (dia tidak ada menantu perempuan kerana anaknya tiga orang semuanya perempuan)
- Saya ada juga menantu lelaki. Pun baik alhamdulillah, macam anak sendiri.
- Hemm nasib awak baik la... (dalam hati saya mengucapkan syukur, alhamdulillah kerana Allah telah mentakdirkan saya menerima menantu yang baik. Tahniah dan terima kasih kepada semua besan yang telah berjaya mendidik anak-anak dan menyerahkan mereka kepada saya sebagai menantu yang baik. Alhamdulillah)
Dan dia terus memanjangkan keluhannya, menceritakan perihal menantu-menantunya yang tidak bersikap baik terhadapnya. Bila dia datang ke rumah anak menantunya, menantunya hanya menegur sepatah, “bila datang?” kemudian membisu sampailah dia pulang walaupun dia tinggal berhari-hari di rumah menantunya itu. Namun begitu dia tetap datang kerana rindukan anak dan cucu-cucu. Sekarang dia tambah risau kerana akhir-akhir ini anaknya pula menunjukkan sikap yang dingin terhadapnya.
Saya tanya dia tentang sara hidupnya bagaimana? Dia berkata:
- Anak saya bagi. Tapi saya bukan perlukan wang sahaja. Saya perlukan LOVE....
Mendengar sungutannya yang mengguris hati itu saya teringat kepada sepotong hadis yang ingin saya kongsikan hari ini.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ ُ
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Celakalah, kemudian celakalah, kemudian celakalah!”
Baginda s.a.w. ditanya, siapakah yang celaka itu ya Rasulullah?
Sabda baginda: “Orang yang sempat hidup di kala kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah menjangkau usia tua, kemudian dia tidak masuk syurga!”

Tahniah kepada semua sahabat yang Allah beri peluang dan kesempatan menjaga ibu dan ayah yang telah menginjak ke usia tua. Allah telah membuka pintu syurga untuk anda dan telah memilih anda untuk menjadi penghuninya. Jangan sia-siakan peluang keemasan ini.
Berbaktilah kepada keduanya sehabis daya. Ingat kata-kata ibu tua di atas, “saya bukan perlukan wang sahaja, tapi saya perlukan LOVE!”
No comments:
Post a Comment