Wednesday, December 28, 2016

AWASI LIDAH!

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Image result for lidah quote

by ustazah maznah daud
إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ الأَعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُولُ: اتَّقِ اللَّهَ فِينَا فَإِنَّمَا نَحْنُ بِكَ، فَإِنْ اسْتَقَمْتَ اسْتَقَمْنَا وَإِنْ اعْوَجَجْتَ اعْوَجَجْنَا
Daripada Abi Sa’eid al-Khudri r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila anak Adam bangun di waktu pagi, seluruh anggota tunduk kepada lidah dan memperingatkannya: “Bertaqwalah kamu kepada Allah tentang kami kerana sesungguhnya kami bergantung kepadamu; sekiranya kamu lurus, luruslah kami, dan sekiranya kamu bengkok, bengkoklah kami” Riwayat at-Tirmizi.
SEMUA sedia maklum peranan lidah dan kata-kata yang diungkapkan. Pepatah Melayu mengatakan, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Kata-kata adalah cerminan diri. Tutur kata yang baik melambangkan peribadi yang baik dan mulia. Tutur kata yang kasar dan kesat tidak lahir kecuali daripada hati yang kering dan tandus budi.
Kata-kata juga lambang keimanan. Di dalam sepotong hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara yang baik atau hendaklah dia diam.”
Zaman ledakan IT dan teknologi maklumat masa kini, peranan lidah banyak diambil alih oleh tangan menerusi papan kekunci. Jadi sebagaimana kita wajib menjaga lidah, begitulah kita wajib menjaga jari jemari ketika mengetuk papan kekunci. Jangan terjadi sekali keyboard diketuk, seribu kali diri dikutuk.

No comments: