Wednesday, December 28, 2016

IKHLAS itu penting

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد
Image result for ikhlas


3 golongan yang kelihatan soleh di dunia tetapi dicampak ke neraka akibat tidak ikhlas:
 Berjuang sehingga syahid semata-mata mahu digelar gagah berani.
 Mengaji dan mengajar semata-mata mahu digelar alim ulama.
 Menderma semata-mata mahu digelar pemurah.
3 golongan ini gagal dalam perbicaraan di mahsyar. Muka-muka mereka diseret seterusnya dihumban ke neraka.
(Mafhum hadith rekod Sahih Muslim dari Abu Hurairah)
Salam ustaz sahih x hadith ni?
Jawapan:
Sahih. Ia ada dalam Sahih Muslim.
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ قَالَ : قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Sesungguhnya manusia pertama yang akan diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Beliau akan dibawa dan Allah menunjukkan kepadanya nikmat-nikmat Nya, dan lelaki itu mengakuinya. Lalu Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah berperang di jalan Mu sehingga aku mati syahid. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau berperang agar engkau dipanggil pahlawan! Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.

وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
(kemudian giliran) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca al-Quran. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab : Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca al-Quran kerana Mu. Allah menjawab: Engkau bohong ! Sebaliknya engkau menuntut ilmu untuk dipanggil orang alim, dan engkau membaca al-Quran untuk dipanggil Qari'. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka.

وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ "
(kemudian giliran) seorang lelaki yang Allah telah meluaskan kepadanya harta, dan dia memberikan hartanya kesemuanya kepada orang yang berhak. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Tidak aku tinggalkan sedikit pun jalan yang mana Engkau suka untuk harta dibelanjakan padanya melainkan aku membelanjakan harta aku pada jalan itu untuk Mu. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau melakukan hal itu untuk dipanggil dermawan. Engkau telah mendapat gelaran itu Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.
[Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, , hadis no : 1905]

No comments: