Wednesday, December 28, 2016

Dua direman 4 hari bagi bantu kes tipu umrah

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Image result for Yayasan Bakti Negara Terengganu...


KUALA TERENGGANU - Dua lelaki termasuk seorang pengarah direman selama empat hari bagi membantu kes penipuan umrah membabitkan kira-kira 3,000 mangsa dengan nilai jutaan.
Perintah reman terhadap suspek masing-masing berusia 28 tahun dan 30-an dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sebelum ini, dua suspek menyerah diri di balai polis besut,semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan YBNT mengesahkan kenyataan berkaitan kegagalannya menguruskan kira-kira 2,000 jemaah menyertai pakej umrah disediakannya.
Bagaimanapun, YBNT menafikan pihaknya menipu 2,418 peserta yang sebahagian membabitkan ramai guru untuk mengikuti  Program Umrah anjuran yayasan itu.
Difahamkan, punca penangguhan dan pindaan tarikh penerbangan ke tanah suci seperti yang dirancang pada bulan ini kerana YBNT lewat menerima bajet.


No comments: