Antara koleksi HADITH-HADITH SHAHIH BERBUAT BAIK KEPADA ISTERI, ANAK-ANAK, IBUBAPA, KELUARGA dan SUAMI.
1. Dalil berbuat baik dengan ISTERI .
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." (HR Tirmidzi: 1162, HR Abu Daud: 4062)
Status hadith: Hasan
2.Dalil berbuat baik dengan ANAK.
اعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلادِكُمْ فِي النُّحْلِ، كَمَا تُحِبُّونَ أَنْ يَعْدِلُوا بَيْنَكُمْ فِي الْبِرِّ وَاللُّطْفِ
"Bersikaplah adil di antara anak-anak kalian dalam hibah, sebagaimana kamu menginginkan mereka berlaku adil kepada kamu dalam berbakti dan berlemah lembut. [HR. al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra no: 12003)
Status hadith: Shahih
3. Dalil berbuat baik kepada IBUBAPA.
جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي قال أمك قال ثم من قال ثم أمك قال ثم من قال ثم أمك قال ثم من قال ثم أبوك. وقال ابن شبرمة ويحيى بن أيوب حدثنا أبو زرعة مثله
"Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sambil berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku berbakti kepadanya?" beliau menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" beliau menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "kemudian siapa lagi?" beliau menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" dia menjawab: "Kemudian ayahmu." Ibnu Syubrumah dan Yahya bin Ayyub berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Zur'ah hadits seperti di atas." (HR Bukhari: 5514, HR Muslim: 4621)
Status hadith: Shahih
4. Dalil berbuat baik kepada KELUARGA.
ابدأ بنفسك فتصدق عليها، فإن فضل شيء فلأهلك فإن فضل شيء عن أهلك فلذي قرابتك، فإن فضل عن ذي قرابتك شيء فهكذا وهكذا.
Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a. al-Jami’ as-Saghier, hadis no: 46)
Status hadith: Shahih
5. Dalil berbuat baik kepada SUAMI.
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللَّهِ ، لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada selain Allah, pastinya aku akan menyuruh perempuan untuk sujud kepada suaminya. (HR Abu Daud: 1828)
Status hadith: Shahih
Wallahua'lam
#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
No comments:
Post a Comment