KEEP THE CHANGE YANG TAK BOLEH DIAMBIL?
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Usai solat Asar sebentar tadi (18 Mei 2017) di Surau Nur al-Syura, Bandar Baru Selayang Fasa 2B saya ditanya soalan oleh seorang amil lantikan yang juga jemaah setia surau kami....
"Tadi kami para amil zakat kawasan dijemput menghadiri sesi taklimat zakat fitri. Dalam taklimat itu disebut antara perkara yang TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH AMIL...iaitu duit sedekah atau hadiah. Contohnya nilai zakat fitri adalah RM 7, pembayar mahu bermudah lalu menghadiahkan atau bersedekah kepada Amil baki RM 3...KEEP THE CHANGE... Baki ini TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH AMIL ZAKAT... Berikutan kenyataan itu, para amil lantikan terkejut dan meminta penjelasan ketua amil kawasan..."
Berdasarkan sedikit ilmu yang saya miliki, memang baki tersebut tidak boleh diambil Ammil kerana ada 2 hadith yang melarangnya...
1) Teguran Rasulullah SAW kepada Ibn al-Utbiyyah;
عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ اسْتَعْمَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا مِنْ الْأَزْدِ عَلَى صَدَقَاتِ بَنِي سُلَيْمٍ يُدْعَى ابْنَ الْأُتْبِيَّةِ فَلَمَّا جَاءَ حَاسَبَهُ قَالَ هَذَا مَالُكُمْ وَهَذَا هَدِيَّةٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَلَّا جَلَسْتَ فِي بَيْتِ أَبِيكَ وَأُمِّكَ حَتَّى تَأْتِيَكَ هَدِيَّتُكَ إِنْ كُنْتَ صَادِقًا ثُمَّ خَطَبَنَا فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي أَسْتَعْمِلُ الرَّجُلَ مِنْكُمْ عَلَى الْعَمَلِ مِمَّا وَلَّانِي اللَّهُ فَيَأْتِي فَيَقُولُ هَذَا مَالُكُمْ وَهَذَا هَدِيَّةٌ أُهْدِيَتْ لِي أَفَلَا جَلَسَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ حَتَّى تَأْتِيَهُ هَدِيَّتُهُ إِنْ كَانَ صَادِقًا وَاللَّهِ لَا يَأْخُذُ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْهَا شَيْئًا بِغَيْرِ حَقِّهِ إِلَّا لَقِيَ اللَّهَ تَعَالَى يَحْمِلُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Ertinya: Dari Abu Humayd As Sa'idi RA: Rasulullah SAW melantik seorang lelaki bernama Ibn al-Utbiyyah untuk mengutip zakat Bani Sulaym. Ketika mengumpulkan zakat yang dipungutnya, dia berkata kepada Rasulullah SAW: "INI ZAKAT UNTUK KAMU DAN INI PULA HADIAH (PEMBERIAN) ORANG KEPADAKU."
Rasulullah menempelaknya: “MENGAPA ENGKAU TIDAK DUDUK SAJA DI RUMAH IBU BAPAMU MENUNGGU ORANG MENGHANTARKAN HADIAH PADAMU, JIKA KAMU BENAR (DIBERI HADIAH)?
Sesudah itu Rasulullah SAW berpidato. (Selepas memuji Allah, baginda bersabda): "Ada seorang petugas yang aku tugaskan memungut zakat, lalu dia berkata, "INI ZAKAT UNTUK KAMU, DAN INI PEMBERIAN ORANG KEPADAKU. MENGAPA DIA TIDAK DUDUK SAJA DI RUMAH IBU BAPANYA MENUNGGU ORANG MENGANTARKAN HADIAH KEPADANYA? DEMI ALLAH! TIADA SEORANG PUN ANTARA KALIAN YANG MENGAMBIL SECARA TIDAK SAH SESUATU HARTA, MELAINKAN AKAN MEMIKUL DOSANYA PADA HARI KIAMAT KELAK (Sahih al-Bukhari dan Muslim).
2) Amaran mengambil sebarang harta di luar bidang tugas yang sudah dibayar upahnya;
مَنْ اسْتَعْمَلْنَاهُ عَلَى عَمَلٍ فَرَزَقْنَاهُ رِزْقًا فَمَا أَخَذَ بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غُلُولٌ
Ertinya: Sesiapa yang kami amanahkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, lalu kami upahnya dengan sejenis upah (bayaran atau gaji), maka apa sahaja yang diambilnya selepas (pekerjaan bergaji) itu adalah wang khianat (Sunan Abu Dawud).
Amanah adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan tanpa pilihan. Cukuplah ayat ini menjadi peringatan kepada kita semua:
وَمَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَغُلَّ وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Ertinya: Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), DAN SESIAPA YANG BERKHIANAT (MENGGELAPKAN SESUATU), IA AKAN BAWA BERSAMA PADA HARI KIAMAT KELAK APA YANG DIKHIANATINYA ITU; kemudian setiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya) (Ali ‘Imran[3:161]).
Ini hanya perkongsian ambo dengan sedikit ilmu. Kalau silap harap dibetulkan..
Menurut Maulana Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, perkara di atas memang ada SOP dalam pengurusan Zakat.
No comments:
Post a Comment