Hari ni Mummy Fizah nak share 1 perkara dengan uolls semua. Setelah dapat izin ayah Mummy , baru Mummy berani nak share kisah niii. Apa yang Mummy share ni semoga dapat jadi kan pengajaran untuk kita dan generasi akan datang.
Zaman sekarang ni dah jarang sangat orang pakai lampin yang berulang pakai. Mejoriti guna lampin pakai buang kansss. Hanya segelintir saja yang masih guna cara lama cuma kaedah sahaja berbeza.
Kalau dalam family Mummy, yang dah jadi mak2 ni memang semua lah pakai lampin pakai buang ni.
Semua jenis mak2 nak cepat express.😅
Kebiasaannya bila dah ramai-ramai di kampung mak ayah, lepas mandikan anak-anak kami kumpul 1 tempat pampers anak-anak. Cucu ayah semua ada 7 orang setakat ni.
Nampak sikit je 7 orang kannn. Tapiii bila dah kul 12 tengahari masing2 dah mandi , memang penuh 1 beg plastik pampers yang dah guna.
Sampailah suatu hari, kami adik beradik ipar lepas 2 hari di kampung masing-masing berkemas dan bersedia untuk balik ke lubuk rezeki masing-masing. Ada yang balik pagi. Ada yang balik tengahari. Ada yang bila-bila nak balik pun boleh. Sebab rumah sekangkang kera je dengan rumah mak ayah.😏
Bila menjelang malam, dapat wasap panjang dari ayah dalam group adik beradik. Masa tu baru je sampai perlis dari johor. Dengan tenang dan rasa gembira bukaklah wasap dari ayah.
Sebab mesej dari ayah kansss mustilah manyak gumbiraaa.
***
" Mintak maaf dulu lah ya anak-anak. Ayah nak cerita sikit ni. Semoga kita semua terpelihara dari dosa yang terhijab.
Sepanjang ayah bersama emak membesarkan anak seramai 5 orang di rumah atok ketika tu, antara sifat emak yang anak-anak kena tahu, emak tak pernah membiarkan lampin atau baju anak-anak di bilik air atau tinggal di bilik air kerana bimbang atok akan membasuh najis atau baju anak-anaknya.
Walaupun dalam pantang 5 orang anak, sekalipun emak takkan biarkan baju atau lampin anak-anak atuk nampak sebab takut atuk tolong basuh. (Orang johor guna 'atuk' utk panggil nenek/opah 🤗)
Semua tu sebab nak jaga jangan sampai orang tua bersusah payah basuh semua najis anak-anak kita sendiri. Ditakuti ada rasa sedih di hati orang tua tapi didiamkan. Jika ini berlaku, kita akan berdosa.
Oleh kerana zaman telah berubah, anak-anak juga harus cekap uruskan semua ni seperti ibumu. Tak kiralah samada di rumah mak ayah atau di rumah mertua.
Lagi satu sifat ibumu, dia takkan banyak cakap walaupun dirinya penat."
Ayah minta maaf.
Semuanya untuk kebaikan kalian dunia akhirat .
Sebelum ayah takde di dunia ni, ayah nasihatkan aje. Bila ayah dah xde nanti takde sapa akan ingatkan anak-anak semua.
-Ayahmu-
*****
Hah amik kauuuuu. Bukit hempap atas kepalaaa. Berjurai-juraiii air mata Mummy masa tuuuu. 😭
Memang nyesal tahap melangitlah. Rasa nak patah balik aje dari Perlis ke Johor.
Terus call mak minta ampun mintak mahappp😭😭😭 (mase tu mak dah nak tidooo)
Mak gelak jeee. "Alah xde benda lah. Mak tak kisah punnn. "
Adoii mak niii.. Hati mulia seorang ibu tetap katakan perkara yang sedapkan hati anakkk😭
Rasa bersalah tahap gunung everest tu sampai sekarang ada. 😣
Memang sebelum-sebelum ni kadang-kadang bila dah cebok mandikan anak tu, pampers kitorang letak satu tempat untuk buang. Tapi kadang2 terlupa sampailah bila dah masuk kereta baru teringat nak buang. 😑
Sejak dari peringatan tu, kami adik beradik ipar duai memang akan buang pampers anak masing-masing sebelum balik.
Atau nak mudah kami masing-masing akan kumpul dan bawa balik pampers anak-anak.
Buang di mana2 tong sampah awam yang sesuai on the way balik. Kalau di rumah mak mertua pulak, Mummy akan paksa suami pergi buang pampers2 anak ke belakang rumah tempat pembuangan sampah.
Mummy rasa bersyukur sangat ayah kuat untuk tegur dan bagi nasihat dalam hal ni tauuu. Kalau tak kami tak sedar semua tu salah. Selama-lamanyaaaa berdosa.
Perasan bagusss lah kan balik umah mak ayah tiap-tiap mingguuu. Tapi rupanya balik tu tinggalkan hampas yang susahkan mak ayah.huhu (rasa teruk betul bila Mummy ingat balik. Benda simple pun tak sedorrr)
#ps: sama2 kita ingatkan suami. Suami ingatkan isteri. Dua2 kene peka pasal pampers ni. Benda kecil boleh jadi asbab pada dosa membukittt.
#ummuabdullah
#MummyFizah
🔸
No comments:
Post a Comment