by ustazah Maznah Daud.
Kisah Nabi Musa dengan Khidhir ‘alaihimas-salam bermula daripada ayat:
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".” (Al-Kahfi 18:60)

Ayat ini menceritakan betapa kentalnya keazaman Nabi Musa a.s. untuk menuntut ilmu daripada seseorang yang dianugerahkan ilmu yang tidak diberikan kepada beliau walaupun beliau sendiri seorang Rasul Kaleem Allah.
Apabila telah bertemu dengan insan yang dicari di tempat yang ditentukan, baginda berkata kepada Khidhir, orang alim yang dicarinya itu:
“Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" (Al-Kahfi 18:66)

Untuk memenuhi permohonan Nabi Musa yang berhasrat berguru dengannya, Khidhir tidak membawa muridnya masuk kelas di masjid, di dewan atau di bilik-bilik kuliah yang serba lengkap. Sebaliknya Khidhir membawa Nabi Musa berjalan menjelajah muka bumi:
“Lalu berjalanlah keduanya ….” (Al-Kahfi 18:71)
Ini menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berlangsung di tempat yang rasmi sama ada di masjid, di dalam dewan dan sebagainya. Penjelajahan dan pengembaraan juga merupakan kaedah menuntut ilmu. Mungkin boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik kerana ia dilakukan oleh insan yang mendapat ilmu ladunni daripada Allah s.w.t. dan dikisahkan pula di dalam kitab suci yang merupakan kitab hidayah buat sekelian manusia.

Ke manakah Khidhir membawa muridnya dan apakah yang diajarkannya?
“Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia menebuknya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau menebuknya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".” (Al-Kahfi 18:71)
Pelajaran pertama adalah pelayaran di dalam laut dengan menumpang sebuah perahu. Khidhir tiba-tiba menebuk perahu yang ditumpangi. Menurut ar-Razi, pada pendapatnya mungkin yang ditebuk adalah dindingnya supaya terserlah kecacatannya dan tidak menjadikan perahu itu karam kerana dimasuki air. Tujuan beliau berbuat demikian dijelaskan pada ayat:
“Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku menebuknya dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.” (Al-Kahfi 18:79)

Pelajaran yang hendak disampaikan adalah kewajipan melindungi kepentingan orang miskin daripada kerakusan penguasa yang zalim. Orang alim, tempatnya bukan hanya di masjid menyampaikan kuliah dan tazkirah semata-mata. Orang alim berkewajipan menjelajah di mana jua, lautan dan daratan menyelusuri denyut nadi masyarakat dan membantu mereka melawan kezaliman dan ketidak-adilan.
Pelajaran kedua:
“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!" (Al-Kahfi 18:74)

Namun Khidhir ada alasannya. Sebab pemuda itu dibunuh, dijelaskan:
“Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.”
(Al-Kahfi 18:80)

Pengajarannya, orang alim mesti peka kepada perkara-perkara yang boleh mengancam dan merosakkan aqidah masyarakat dan bertindak membanterasnya hingga ke akar umbi. Ia tidak boleh dibiarkan atau dilengah-lengahkan. Aqidah masyarakat mesti dipelihara dan diselamatkan dengan tegas dan tuntas.
Pelajaran ketiga:
“Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!" (Al-Kahfi 18:77)

Usaha membina tembok yang hendak runtuh itu dilakukan kerana sebab yang dinyatakan di dalam ayat berikut:
“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".” (Al-Kahfi 18:82)

Pengajarannya ialah orang alim mesti memikirkan kepentingan generasi akan datang. Membuat perancangan yang kemas dan jitu demi menjamin masa yang baik dan sejahtera buat mereka. Anak-anak adalah masa depan umat dan negara. Andainya keperluan mereka terabai, tidak dapat tidak akan memberikan kesan yang serious ke atas kesejahteraan umat seluruhnya.
Kesimpulannya:
• Tidak ada tempat yang khusus untuk menuntut ilmu. Ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
• Tugas orang yang berilmu bukan sekadar mengajar dengan mengupas isi kandungan kitab demi kitab di dalam masjid dan di bilik-bilik kuliah. Di samping mengajar, orang yang berilmu mesti bergaul dengan masayrakat, mengambil tahu permasalahan mereka dan mencari jalan untuk mengatasinya.
• Antara isu penting yang perlu diberi perhatian adalah kezaliman pihak berkuasa, ancaman terhadap aqidah dan mengambil berat tentang keperluan dan kepentingan kanak-kanak. Mereka adalah pewaris yang bakal menggantikan kita. Dan di tangan merekalah terletaknya masa depan umat dan alam seluruhnya.

Allahu A’lam
Shah Alam, Jumaat 9 Mac 2018 bersamaan 21 Jamadil-Akhir 1439

No comments:
Post a Comment