Thursday, November 21, 2019

Berbual masa khutbah jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

by ustaz wadianuar


    SOALAN :

    Ada setengah orang yang datang ke masjid pada hari jumaat masih berbual seperti biasa sekalipun khatib sudah membaca akan khutbah.

    Apakah hukumnya perbuatan orang tersebut?

    JAWAPAN :

    Antara perkara yang disuruh ketika khatib membaca khutbah ialah diam sekelian yang hadir kerana mendengarnya.

    Berbual atau bercakap ketika itu adalah dilarang dan termasuk perbuatan yang keji.

    Dan orang yang bercakap-cakap ketika khutbah dibaca tidak akan mendapat keampunan Allah sebagaimana disebut dalam hadith.

    Imam Abu Daud meriwayatkan dalam Kitab Sunannya bahawasanya Rasulullah saw bersabda : "من اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَبِسَ مِن أَحْسَنِ ثَيَابِهِ وَمَسّ مِنْ طِيبٍ - إِنْ كَانَ عِنْدَهُ - ثُمّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَلَمْ يَتَخَطّ أَعْنَاقَ النّاسِ، ثُمّ صَلّى مَا كَتَبَ الله لَهُ، ثُمّ أَنْصَتَ إذَا خَرَجَ إِمَامُهُ حَتّى يَفرُغَ مِنْ صَلاَتِهِ، كَانَتْ كَفّارَةً لِمَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ جُمُعَتِهِ التّي قَبْلَهَا

    Artinya : “Barang siapa mandi pada hari jumaat kemudian memakai pakaiannya yang paling elok dan memakai wangian jika ada ia kemudian datang ke masjid dalam keadaan tidak melangkah tengkok manusia kemudian solat ia akan solat sunat kemudian diam ia apabila imam sudah keluar sehingga selesai solatnya nescaya adalah ia menjadi kafarah bagi dosanya antara jumaat tersebut dengan jumaat yang lepas.” Berkata para fuqahak :

    يَنْبَغِي لِلْقَوْمِ أَنْ يُقْبِلُوا عَلَى الْإِمَامِ وَيَسْتَمِعُوا لَهُ وَيُنْصِتُوا، وَالِاسْتِمَاعُ هُوَ شَغْلُ الْقَلْبِ بِالِاسْتِمَاعِ وَالْإِصْغَاءِ لِلْمُتَكَلِّمِ. وَالْإِنْصَاتُ هُوَ السُّكُوتُ

    Artinya : “Sepatutnya bagi orang-orang itu berhadap kepada imam dan menuntut dengarkan bagi imam dan tidak berkata-kata. Maksud menuntut dengar itu ialah menyibukkan hati dengan mendengar dan memberi perhatian kepada khatib yang berkata.” 


    No comments: