Bila Kita Jumpa Seseorang." Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.
Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Semoga 6 pesanan Imam Al-Ghazali ini dapat kita jadikan panduan untuk menjauhkan diri daripada sifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka.
Ajar diri dan anak kita untuk belajar hormat orang lain.
Tak kira siapa pun dia... Dia wajib dihormati bukan diejek dan dihina.
Tapi malangnya... Sikap ni dah luntur dalam kalangan masyarakat kita... Bila budaya makin hilang, adab semakin tenggelam ditelan zaman itulah tanda akan keruntuhan sebuah ketamadunan.
No comments:
Post a Comment