Saturday, December 5, 2020

HUKUM MENONTON VIDEOPORNO & BLUE 🚫❌


.
🔵 Menonton blue film (video lucah) hukumnya HARAM. Kerana kita melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan jimak.
.
🔵 Melihat aurat orang lain dapat menumpulkan fikiran dan mengeraskan hati. Jika perbuatan ini sering dilakukan maka dikhuatirkan mempercepat seseorang itu menjadi nyanyok (pelupa).
.
🔵 Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian gurunya pun bertanya. Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingatan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yg kebetulan terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari.
.
🔵 Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan, tentu akn lebih besar kesannya jika dengan sengaja melihat aurat orang lain secara telanjang bulat seperti dalam blue film.
.
🔵 Bukan itu sahaja, melihat kemaluan seperti zakar, faraj, dubur akan melemahkan IQ dan daya ingatan seseorang.
.
🔵 Dalam kitab-kitab lama pondok ada menyebutkan diantara salah satu sebab ingatan lemah ialah melihat kemaluan tak kira kemaluan sendiri atau orang lain.
.
🔵 Nabi SAW bersabda :
“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”.
.
🔵 Hukum melihat aurat orang lain adalah haram. Maka, lebih-lebih lagi melihat bahan yang mengandungi unsur lucah yang boleh membangkitkan syahwat. Maka ia juga haram. Semua orang tahu walaupun seseorang itu bukan ustaz sekalipun

No comments: