Setiap daripada kita sentiasa menginginkan rezeki yang banyak dan melimpah.
Kebanyakan manusia mengukur rezeki hanya kepada wang ringgit dan harta yang melimpah.
Malangnya sifat manusia tetap tidak merasa puas dengan apa yang dimiliki.
Rasulullah mengingatkan:
عَنْ عَبَّاسِ بْنِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ الزُّبَيْرِ عَلَى الْمِنْبَرِ بِمَكَّةَ فِى خُطْبَتِهِ يَقُولُ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَقُولُ « لَوْ أَنَّ ابْنَ آدَمَ أُعْطِىَ وَادِيًا مَلأً مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَانِيًا وَلَوْ أُعْطِىَ ثَانِيًا أَحَبَّ إِلَيْهِ ثَالِثًا وَلاَ يَسُدُّ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
Dari Ibnu ‘Abbas bin Sahl bin Sa’ad, ia berkata bahawa ia pernah mendengar Ibnu Az Zubair berkata di Makkah di atas mimbar berkhutbah, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Seandainya manusia diberi satu lembah penuh dengan emas, ia tentu ingin lagi yang kedua. Jika ia diberi yang kedua, ia ingin lagi yang ketiga. Tidak ada yang boleh menghalangi isi perutnya selain tanah. Dan Allah Maha menerima taubat siapa sahaja yang mahu bertaubat.” (HR. Bukhari no. 6438).
Menjadi tanggungjawab kita untuk bersyukur di atas limpahan pelbagai nikmat rezeki kepada kita. Ada nikmat rezeki berbentuk harta benda, kesihatan tubuh badan dan rohani, anak yang soleh, sahabat yang baik dan sebagainya. Namun adakah kita tahu apakah nikmat rezeki yang paling sempurna?
Syeikh Prof Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi berkata tentang kategori rezeki:
المَالُ هُوَ أَدْنَى دَرَجَاتِ الرِّزْقِ
و العَافِيَةُ أَعْلَى دَرَجَاتِ الرِّزْقِ
و صَلَاحُ الأَبْنَاءِ أَفْضَلُ أنْوَاعِ الرِّزْقِ
و رِضَا رَبِّ العَالَمِينَ فَهُوَ تَمَامُ الرِّزْقِ
Harta adalah rezeki yang paling rendah.
Kesihatan adalah rezeki yang paling tinggi.
Anak yang soleh adalah rezeki yang paling utama.
Redha Allah adalah rezeki yang paling sempurna.
Malangnya, ramai manusia yang mengejar rezeki paling rendah iaitu wang ringgit yang banyak, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya atas sebab kecintaan kepada dunia hingga kehidupan kebanyakkannya jauh daripada redha Ilahi.
Yang kita perlu rezeki yang paling tinggi berbentuk kesihatan yang boleh digunakan untuk memperbanyakan amal ibadah dan kebaikan.
Yang kita perlu rezeki yang paling utama berupa anak-anak yang soleh. Pahala yang berterusan diterima asbab amal soleh dan doa anak-anak yang soleh dan solehah.
Namun rezeki yang paling sempurna dan amat diperlukan adalah mendapat keredhaan Allah agar segala amal dan perbuatan yang dilakukan diterima sebagai amal soleh dan tidak sia-sia.
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
No comments:
Post a Comment