Sunday, November 6, 2022

Tidak Bersama Kezaliman



Daripada Ummu Salamah RA isteri Baginda Nabi SAW, daripada Rasulullah SAW Baginda bersabda: “Akan datang para pemimpin, yang kamu ketahui (kemakrufannya/kebaikannya) dan kamu ingkari (kemungkarannya). Barangsiapa yang membenci (kemungkaran yang pemimpin lakukan), maka dia terlepas (dari dipertanggungjawab). Barangsiapa saja yang mengingkari (kemungkarannya), maka dia akan selamat. Akan tetapi, orang yang reda dan mengikuti mereka (maka mereka akan menanggung dosa).” Para sahabat bertanya: “Apakah tidak boleh kami perangi sahaja mereka ini?” Baginda menjawab: “Tidak boleh, selagimana mereka menunaikan solat.” (Sahih Muslim, no: 1854)

al-Imam al-Nawawi Rahimahullah mensyarahkan hadis di atas tentang teguran terhadap kezaliman pemerintah:

َوفِيه دلِيل علَى أن من عجَز َعن إزالَة المنكر لا يأثم بِمجرد السكوت بل إنَّما يأثم بالرضى به

“Dan melalui hadis ini, terdapat dalil (bukti) yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak berkemampuan untuk mencegah kemungkaran iaitu mereka hanya mendiamkan diri sahaja (sedangkan hati mereka membenci kemungkaran), maka kumpulan seperti ini adalah tidak berdosa. Adapun golongan yang dikatakan berdosa adalah mereka yang reda dengan kejahatan atau kemungkaran (yang dilakukan oleh pemerintah). (al-Nawawi, Sharh Muslim)

https://t.me/kapsul_tazkirah

No comments: