catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Wednesday, March 29, 2023
Sahur Dengan Kurma Kering
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Sunan Abi Daud No: 2345) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering
2. Syeikh Abd al-Muhsin al-‘Abbad mensyarahkan hadis ini menyebut: “Pada hadis ini menunjukkan pujian pada sesiapa yang bersahur dengan tamar, kerana pada tamar itu terdapat kekuatan yang tersendiri. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, "Rumah yang tiada tamar padanya, maka akan lapar penghuninya", kerana tamar merupakan makanan asasi yang utama di sisi mereka. Hal ini menunjukkan bahawa bersahur dengan tamar itu dipuji, kerana perkataan ni'ma (نِعْمَ) ini menunjukkan sighah pujian sebagaimana yang diketahui. (Syarh Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Abd al-Muhsin al-'Abbad, 8/255)
3. Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.
4. Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fructosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.
Jika kita memiliki kurma, selain mengambil nasi bersama ikan dan sayur di waktu sahur, elok juga makan sedikit kurma kering.
https://t.me/kapsul_tazkirah
https://www.facebook.com/profile.php?id=100089802003872
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment