272 of 365 🗓 JUMAAT 💕 13 RABIUL AWAL 1445H 29 SEPTEMBER 2023
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈
#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏
Bermula dari kita ada, sampailah kita takde atas dunia ini, sentiasa kita menerima nikmat daripada Allah سبحانه وتعالى . Samada kita faham benda itu nikmat atau tidak, ia tetap merupakan nikmat daripada Allah ta'ala.
Bukanlah kesenangan itu nikmat, bukanlah kesenangan itu nikmat.
Kadang-kadang orang tu kita tengok dia menderita, tapi dia rasa penuh nikmat.
Kadang-kadang kita tengok seseorang itu penuh kesenangan, tapi dia rasa penuh azab.
Nikmat-nikmat itu adalah bahasa Tuhan, yang mana akan difahami oleh orang-orang yang kenal Allah سبحانه وتعالى.
Tidak ada benda dihadapan dia yang berlaku, yang terdetik, yang terlintas dihati dia, yang berlaku pada dia, ataupun orang lain, dia akan rasa benda tu nikmat.
Cukuplah Allah سبحانه وتعالى itu yang menjaga kita, yang memelihara kita, yang bila memberi kita rasa cukup. Itu pun "الحمد لله".
Kita faham tindak-tanduk Tuhan, apakah hikmah dia, itu merupakan nikmat bagi orang yang pandai melihat.
Manakala orang yang tak pandai melihat, sekalipun dia dapat semua benda, dia tak merasa bahwa itu nikmat.
Sebab tu nikmat-nikmat itu adalah apabila seseorang mengenali, memahami Allah سبحانه وتعالى, itu adalah SEBESAR-BESAR nikmat.
SEMOGA BERMANFAAT 🥰
•══◎◎♡◎◎══•
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر
@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K135
No comments:
Post a Comment