Friday, April 5, 2024

Gerun

[QS 3 : 151] GERUN, Bagi Orang Beriman Hanya Kepada Allah SWT Sebagai Tanda Ketaatan. Bagi Orang Kafir Kepada Orang Beriman Yang Taat Kerana Allah SWT Campakkan Perasaan Tidak Tenteram 

Fawa'id (Pengajaran) Kuliah Subuh Ustaz Dr Abu Anas Madani  Surah Ali Imran (Surah ke3, Juz 4) bermula Ayat 149 - 151

(1) Ayat 149 : Orang yang benar² beriman tidak akan taat (dalam hal akidah dan keagamaan) kepada orang Kafir. Berkawan boleh, tapi tidak terlalu erat. Tiada isu 3R, amalkan prinsip keharmonian

Orang Mukmim perlu ada prinsip yang mantap dan berlandaskan syariat Islam

(2) Ayat 151 : Amaran dari terjebak dengan syirik. Orang yang syirik tidak dapat pertolongan Allah SWT dan hati tidak akan tenteram

Rujuk Al An'am Ayat 82

(3) Ayat 150, 151 : Allah SWT akan campak dalam hati orang kafir ketakutan apabila berhadapan dengan orang Mukmin yang taat kepada Allah SWT sebaik Penolong

(4) Ayat 151 : Kenapa ada perasaan takut?
Allah SWT yang campakkan rasa takut & gentar dalam hati Kafir. 

Maka kita mesti sentiasa taat dan berdoa kepada Allah SWT bila berhadapan dengan musuh Islam. Doa adalah kunci besar yang menjaga keselamatan akidah dan kehidupan dunia

(5) Ayat 151 : Orang beriman mesti berpaksi kepada dalil dalam melaksanakan perkara ibadah

Asas dalam kehidupan : 
Dalam hal ibadah, boleh buat dan mesti berpandukan pada dalil
Dalam hal kehidupan, semua boleh buat kecuali ada dalil yang melarang

#TadabburNetizen #SurahAliImran
Nota di telegram
https://t.me/Tadabbur_Journey

No comments: