Sedikit perkongsian dari Kelas Tasawwuf,
Kitab Minhajul 'Abidin.🥰
Karangan Imam Al Ghazali. 🌹
Manusia dan syaitan, dua entiti yang terpisah. Boleh pilih nak ikut bisikannya atau menjauhi.
Manusia dan nafsu, ia satu. Takkan terpisah. Dan nafsu tak akan dapat dimusnahkan. Halangan terbesar ialah untuk menundukkan nafsu. Bagaimana?
Iaitu dengan TAQWA.
TAQWA secara ringkas:
Seseorang yang mampu utk melakukan ketaatan kpd Allah dan meninggalkan maksiat ketika di khalayak ramai atau bersendirian. Hakikatnya, taqwa yg sebenar itu diuji ketika bersendirian.
Kalau taqwa kita "Taqwa munafiq", depan orang kita soleh/solehah, bila bersendiri kita tak rasa bersalah lakukan maksiat.
Cth depan org ramai, solat awal waktu, solat sunat qabliyah&ba'diyah, tasbih di tangan, tudung labuh, jaga mata dari melihat lelaki ajnabi, cakap sopan santun, tak tengok video2 gossip dll. Tapi bila sendiri2, solat lambat, tak solat sunat, tangan skrol macam2 di hp. Tengok semua kisah2 hangat di medsos.
Taqwa yang benar, sentiasa rasa diawasi oleh Allah. Tak kira kita di mana pun. Bagaimana di luar rumah, begitulah di dalam rumah.
Bila nafsu ajak buat maksiat/kelalaian/perkara lagha, cepat2 tinggalkan serta-merta. Lawan!
Kita lemah. Tapi kita boleh usaha BELENGGU NAFSU dengan BELENGGU TAQWA. Kita pimpin nafsu kita elok2, ke arah mencapai kebaikan.
Godaan nafsu akan terus menerus mengajak kita kepada kelalaian. Maka, kita amat memerlukan perlindungan dan pertolongan Allah untuk sampai kepada DIA.
DOA. DOA. DOA.
Solat Istikharah penting buat kita di akhir zaman ini di mana kita semakin jauh dgn ilmu pengetahuan serta susah membezakan hak dan bathil.
Solat istikharah setiap hari supaya ditunjukkan apa yang terbaik utk dipersembahkan pd Allah hari itu, apa amalan yg baik utk hari itu, apa ibadah terbaik, apa keputusan terbaik utk hari itu.
Istikharah penting untuk mendapatkan PERTOLONGAN ALLAH. 💜
Wallahu a'lam.
Al Faaqirah Ilallah,
🌹Ummi Nur🌹
Sedikit penambahan lagi, paling utama skali mulakn dgn belajar,ngaji fardhu ain tauhid feqah tasawuf kerana beramal tanpa ilmu itu sia2 🥀
No comments:
Post a Comment