Dr azura hashim
Bismillah. Saya teringat dialog ayat "Saya rasa macam… saya isteri, saya ibu, saya pekerja, saya juga macam suami dalam rumah ni."
Itu luahan seorang wanita yang saya temui selepas sebuah program.
Umurnya dalam lingkungan 30-an.
Bekerja 9 hingga 6.
Tapi ‘kerja sebenar’ bermula selepas itu.
Balik rumah, dia sediakan makan malam.
Basuh baju. Jaga anak. Layan mak mentua.
Sambil tangan lipat baju
telinga dengar suara klien masih ada mesyuarat Zoom.
Dan suaminya?
Baik orangnya. Tapi mungkin… terlalu biasa dibiasakan.
Semuanya dia buat. Tanpa sedar, dia jadi “superwoman tanpa jubah.”
Dia tak minta dihargai seperti permaisuri.
Dia cuma nak jadi manusia.
Ada masa untuk diri sendiri
Mungkin ramai wanita hari ini macam dia…
Kerana ramai yang sangka, kalau kita boleh buat semuanya, maka kita patut buat semuanya.
Tapi hakikatnya, bila kita buat semua tanpa sempadan,
lambat laun, kita sendiri akan penat dan burn out.
7 tanda kita perlu mula menghormati diri sendiri:
❣️ Kita penat tapi masih cakap “ok je.”
❣️ Kita minta maaf walaupun tak salah.
❣️ Kita letakkan orang lain di tempat pertama — setiap masa.
❣️ Kita takut nak kata “tak sempat” sebab bimbang dianggap gagal.
❣️ Kita selalu rasa bersalah bila rehat.
❣️ Kita simpan sedih sendiri sebab takut dikata mengada.
❣️ Kita tak ingat bila kali terakhir kita buat sesuatu untuk diri sendiri, tanpa rasa bersalah.
“Respect isn’t something we beg for. It’s something we embody.”
Kalau kita sendiri tak jaga diri kita
masa kita, emosi kita,
kenapa kita harap orang lain akan jaga?
Macam rumah.
Kalau kita biar rumah kita bersepah, kotor, tak terurus
jangan salahkan orang luar kalau mereka datang dan pijak dengan kasut penuh lumpur.
'Respect is the same. It starts from within'
.
.
.
Jadi, macam mana nak mula?
Tempohari saya ada membaca artikel mengenai ini, dan saya mudahkan untuk pembacaan semua.
7 cara menghormati diri supaya orang lain pun akan hormat kita. Insyaa Allah
💟 Tahu had diri sendiri
Kita selalu penat sebab terlalu banyak kata “ya” bila hati minta “tidak.”
Tetapkan sempadan untuk masa, tenaga, dan hubungan.
Hormat bermula bila kita ajar orang cara melayan kita.
💟 Jaga diri sendiri dulu
Nak orang hargai kita?
Kita kena hargai diri dulu.
Makan ikut waktu. Tidur cukup.
Pakai cantik bukan untuk orang lain, tapi kerana kita tahu nilai diri.
💟 Tunaikan janji, walau kecil
Kecil macam “saya call kejap lagi” pun penting.
Kalau tersilap, akui dan baiki.
Orang hormat orang yang jujur, bukan yang sempurna.
💟 Keyakinan yang tenang
Tak perlu menjerit untuk nampak yakin.
Berdiri tegak. Pandang mata. Senyum ikhlas.
Confidence sebenar itu senyap, tapi beri kesan.
💟 Berani cakap “Tidak”
Kalau sesuatu tak selari dengan nilai dan haluan hidup, tolak sahaja.
"Tidak" ialah penjaga kepada damai hati dan kestabilan diri.
💟 Hormat orang lain dulu
Nak dihormati? Mula dengan memberi hormat.
Dengar lebih banyak. Ucap terima kasih.
Raikan kejayaan orang lain dengan ikhlas.
💟 Kuat kerana Allah, bukan dunia
Wanita yang menghormati dirinya ialah wanita yang tahu:
Diri ini milik Allah, bukan milik sesiapa.
Dia jaga maruahnya kerana iman.
Dia jaga masa dan tenaga kerana itu amanah.
Dia tidak tunduk kepada pandangan manusia,
tetapi tunduk kepada panduan Rabb-nya.
.
.
Kalau kita tak siram pokok dalam diri, jangan harap bunga hormat akan mekar dari luar.
"A woman who honours herself, teaches the world how to love her better."
Biar aku kuat bukan kerana terpaksa, tapi kerana aku tahu aku berharga.
“Allahumma inni as’aluka ‘afwa wal ‘afiyah fid dunya wal akhirah.”
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.”
Saya mendoakan semua yang membaca posting ini dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Menjadi wanita bahagia dan membahagiakan.
Aamiin
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Posting ini lebih kepada peringatan buat saya sendiri.
#DrAzuraHashim #tenangtenangsajalah #LeadYourselfFirst
#HRDCorpTrainingProvider #PreferredTrainingProvider #MEDIVTrainingProvider
#EmotionalIntelligence #HealingJourney #hrdcorpclaimablecourse
No comments:
Post a Comment