Kalau semua benda boleh settle dengan sumpah, tak payah la ada Mahkamah.
Ada orang tanya, macam mana kalau suami dia dok bersumpah kata tak buat salah apa-apa. Sedangkan, ada bukti. Cuma, bukti tu takde la kuat.
Saya tanya, apa yang suami dia buat? Katanya, suami dia tak mengaku curang. Tapi, ada bukti SMS dia dengan perempuan lain. Yang sungguh-sungguhnya, suami ni siap ajak pi masjid, bawak habis seluruh suadara mara. Semua orang hairan. Rupanya, nak tunjuk dia sumpah laknat.
Biasa la adat orang Melayu kat Malaysia ni. Sumpah pegang Al-Quran. Lepas tu, sebut la, wallahi, wabillahi, watallahi. Jadi, persoalannya, betul ke sumpah itu selari dengan hukum syarak.
✅ Apa itu sumpah disisi Hukum Syarak?
Sumpah ini sebenarnya adalah sebahagian daripada bentuk pembuktian di dalam Mahkamah Syariah. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis nabi saw :
“Pembuktian atas orang yang mendakwa, sumpah atas orang yang menafikan dakwaan itu.”
.
Hadis ini menjadi sandaran utama untuk menjatuhkan hukuman dan keadilan. Orang yang mendakwa, mesti buktikan. Orang yang kena dakwa, hanya perlu bersumpah.
.
✅ Jadi, daripada hadis ni jelas, sumpah ni bukan senang2 cmtu ja, mesti ada pembuktian dlu sebelah org yg mendakwa, dan jika pembuktian itu tidak ada atau lemah, barulah org yg didakwa itu bersumpah.
.
✅ Jenis-jenis sumpah?
Ada beberapa jenis sumpah yg dibenarkan oleh syarak. Antaranya :
👉🏻 Yamin Al-istizhar : sumpah yang dibuat oleh org yg mendakwa atas perintah hakim setelah memberikan keterangan yang mencukupi (hanya jika org yang didakwa itu ghaib, x hadir bicara, mati, kanak2 yg belum baligh, gila, atau org yg x sempurna akal)
👉🏻 Yamin Al-mardudah : sumpah yg dijalankan oleh org yg mendakwa setelah org yg didakwa menolak utk bersumpah
👉🏻 Yamin Al-mutammimah : sumpah yg diarahkan oleh Hakim pada mana2 pihak utk menguatkan perintahnya.
👉🏻 Yamin Al-hasimah : sumpah yang dilaksanakan oleh salah satu pihak atas permohonan pihak yang lain
👉🏻 Yamin Al-takmilah : sumpah yang dilaksanakan oleh org yg mendakwa disamping keterangan seorang saksi
👉🏻 Yamin Nafyi Al-ilmi’ : sumpah seseorang menafikan yang ia mengetahui sesuatu perbuatan mengenai orang lain
👉🏻 Yamin Al-nafyi : sumpah penafian yang dijalankan oleh orang yang didakwa
daripada semua jenis2 sumpah ni, mesti dihadapan Hakim atas kebenarannya, bukannya sumpah ikut sedap hati...selalunya yang dipraktikkan di Mahkamah Syariah adalah Yamin Al-istizhar sahaja, jadi x salah klau nak cuba praktik yang lain..make sure ada hujah dan dalil.
✅ Boleh ke diterima sumpah laknat pegang Quran?
.
Sebenarnya tak ada pun dalam Islam ni sumpah laknat pegang quran. Cuma, biasa la, orang Melayu Islam kat Malaysia ni memang jenis suka bersumpah macam tu sebabnya mengikut telunjuk dan ikutan orang-orang yang jahil.
.
✅ Adakah diambil kira sumpah diluar Mahkamah?
Tidak sama sekali. Sumpah diluar mahkamah walaupun sumpah tersebut pegang Quran dan sebut wallahi, wabillahi, watallahi, tidak akan diterima meskipun dilakukan di dalam Masjid. Sumpah hanya dibenarkan dilakukan di dalam Mahkamah, dihadapan Hakim selepas bicara segala keterangan orang yang mendakwa bersama bukti.
Kalau hakim rasa kes orang mendakwa tak kuat, baru hakim akan benarkan untuk orang yang didakwa bersumpah nafi. Prinsip sumpah ni sama sahaja walaupun di Mahkamah Sivil. Bukan senang-senang ja nak sumpah.
.
✅ Kesimpulannya, tolong la nasihatkan pada semua orang yang suka bersumpah ni. Tak payah buat benda yang sia-sia. Dulu, ada pihak lawan saya kena tegur dengan hakim, dia kata dia bersumpah pegang Quran dulu tak pukul isteri dia. Hakim tu terus je ‘sound’ Defendan tu, bersumpah la dengan pegang kitab apa pun, ingat sumpah awak tu patuh syariat ke? Saya senyum sinis saja.
Hentikan la tindakan bersumpah dengan menggunakan nama Allah ni sebelum bicara. Tindakan nak meraih simpati orang dengan cara bersumpah laknat ni, hanya orang jahil sahaja percaya. Kalaupun kita dipihak yang benar, lawan dulu kes di Mahkamah. Bukan sedap-sedap saja bersumpah. Baik tak payah ada Mahkamah kalau boleh settle dengan sumpah.
Macam sesumpah pulak dok bersumpah-sumpah ni.
Fahmi Ramli
Peguam Syarie
Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini
No comments:
Post a Comment