Ramai tahu, syukur menjemput overflowing abundance. Tapi tidak ramai tahu formula luar biasa dalam Al-Quran yang menjemput DIVINE MERCY ❤️ salam Jumaat, semoga semua yang membaca mendapat keduanya 🤲
Ya.. Bila kita bersyukur, Allah tambah rezeki, tambah peluang, tambah kebaikan.
"Jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan (nikmat itu untukmu)." (QS 14:7)
Tapi.. dalam Surah al-A'raf ayat 79, ada 1 lagi rahsia besar yang selalu kita terlepas pandang. Bahkan ada yang langsung tidak tahu 🙏 Jom kita tambah ilmu ya ❤️
Kalau syukur itu Allah janji nikmat bertambah.. maka apa pula yang dijanjikan Allah dalam QS 7:79?
MasyaAllah 😍 di situlah letaknya rahsia yang menjemput Divine Mercy.
(Divine Mercy = rahmat Ilahi yang menyelamatkan & menenangkan)
Nabi Saleh berkata kepada kaumnya:
"..Sesungguhnya aku telah menyampaikan risalah Tuhanku, dan aku telah menasihatimu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat."
Maksudnya? Kaum Nabi Saleh dibinasakan bukan kerana tiada bukti, tetapi kerana mereka benci pada nasihat.
Hati mereka keras, ego mereka tinggi. Mereka menolak kebenaran hanya kerana tidak suka 'ditegur'.
Dalam Usul Fiqh, ada kaedah Mafhum Mukhalafah; memahami mesej ayat melalui makna yang berlawanan dengan lafaz.
ayat 79 sebut: mereka benci pada nasihat → lalu binasa (ayat 78).
Mafhum Mukhalafah: kalau mereka suka pada nasihat → tentu mereka akan selamat, dipimpin dengan rahmat Allah.
Imam al-Qurṭubi dalam al-Jami' li Aḥkam al-Quran menegaskan:
«لكم النجاة لو قبلتم»
"Bagi kamu keselamatan, sekiranya kamu menerima (nasihat itu)."
Isyaratnya jelas: benci nasihat membawa binasa, suka nasihat membuka pintu Divine Mercy.
Maknanya, Al-Quran sedang bagi isyarat kepada kita:
Orang yang hatinya terbuka pada nasihat, walaupun pahit, sedang membuka pintu rahmat dan keselamatan.
Kadang kita fikir, bila sebut nasihat mesti kena ceramah panjang berjela.
Padahal kisah Nabi Saleh cuma sebut dua perkara saja:
a) أَبْلَغْتُكُمْ – aku sudah sampaikan.
b) نَصَحْتُ لَكُمْ – aku sudah menasihati kamu.
Ringkas, tapi padat dengan rahsia.
Kunci pertama.. أَبْلَغْتُكُمْ → jangan simpan kebenaran sendiri. Walau satu ayat, kongsi. Boleh jadi turning point hidup orang lain.
Kunci kedua.. نَصَحْتُ لَكُمْ → asalnya bermaksud tulen & ikhlas, macam madu asli. Nasihat yang benar lahir dari hati ikhlas mahu orang lain selamat, bukan sebab rasa diri lebih baik.
Bayangkan hidup kita penuh budaya saling menyampaikan & saling menasihati.
Hari ini mungkin kita yang menasihati. Esok lusa, mungkin kita pula yang perlukan nasihat orang lain.
Orang yang hatinya terbuka pada nasihat, dialah yang sedang membuka pintu Divine Mercy Allah.
Dan siapa yang bersyukur.. dialah yang sedang menjemput Overflowing Abundance (nikmat berganda, rezeki melimpah tanpa batas)
Dua formula Qur’an untuk hidup penuh nikmat:
Syukur → Overflowing Abundance
Saling menasihati → Divine Mercy
Jom kita muhasabah diri kita..
Adakah kita cepat marah bila ditegur?
Atau kita jadikan nasihat itu cermin untuk jadi lebih baik?
Kerana orang yang suka pada nasihat, itulah orang yang Allah pilih untuk dekat dengan rahmat-Nya, bahkan berlimpahan 😍
Untuk sahabat yang baca sampai habis, TAHNIAH ya. Bukan mudah ni 😍
Jom.. kongsikan di ruangan komen:
👉 Apa nasihat paling berkesan yang jadi turning point dalam hidup?
👉 Siapa yang bagi nasihat tu?
Mungkin perkongsian kita di sini pula jadi turning point untuk hidup sahabat lain. Dan insyaAllah pahala berpanjangan untuk kita semua 🤲
Jom baca juga nasihat sahabat-sahabat lain, kerana dalam budaya saling menasihati, di situlah Allah bukakan pintu Divine Mercy dan melimpahkan Overflowing Abundance.
Didoakan semua yang saling berkongsi & terbuka pada nasihat, akan mendapat rahmat dan abundance luar biasa dalam hidup.. Aamiin2 Yaa Rabbal 'aalamiin ❤️🤲
===
Nasihat saya pada anak-anak.. Hargai kehidupan.. Susah itu ujian, senang juga ujian.. Susah jemput sabar, senang jemput syukur ❤️
Ini aktiviti anak-anak.. Kutip sampah sayuran di pasar untuk bagi ayam-ayam makan 😍 enjoy kehidupan walaupun sangat sederhana ❤️
Nikmati senang,
Hayati susah,
Marhamah Rosli
03/10/2025
No comments:
Post a Comment