Tuesday, September 22, 2026

𝗔𝗣𝗔 𝗜𝗧𝗨 𝗡𝗘𝗪 𝗔𝗚𝗘 𝗠𝗢𝗩𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧 (𝗡𝗔𝗠)?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمدby hafsah mardhiah


Bagaimana ia membahayakan akidah?
.
.

Cara paling mudah nak faham New Age Movement (NAM):

𝗡𝗔𝗠 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗽𝗶𝗿𝗶𝘁𝘂𝗮𝗹 𝗺𝗼𝗱𝗲𝗻 yang mengambil unsur daripada agama Timur, esoterisme/occult, psikologi popular dan self-help — kemudian dibungkus dengan bahasa seperti healing, energy, vibration, universe, manifestation, higher self dan abundance.

Ia bukan satu agama rasmi dengan satu kitab atau satu organisasi.

𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗶𝘁𝘂 𝗶𝗮 𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻.

Seseorang boleh mengajar satu idea New Age tanpa pernah menyebut perkataan “New Age”.

.

𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗔 “𝗝𝗔𝗥𝗨𝗠 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗦” 𝗜𝗧𝗨?

Banyak perkara bermula dengan sesuatu yang nampak normal:

“Fikir positif.”

“Tetapkan impian.”

“Visualisasikan matlamat.”

“Percaya diri.”

𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗡𝗲𝘄 𝗔𝗴𝗲.

Ia mula masuk wilayah New Age apabila teknik tadi diberi 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗽𝗶𝗿𝗶𝘁𝘂𝗮𝗹/ 𝗺𝗲𝘁𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸, contohnya:

“Apa yang kita fikir akan menarik realiti yang sama.”

“Universe akan respond kepada vibration kita.”

“Naikkan frequency supaya rezeki datang.”

“Manifest apa yang kita mahu sehingga alam menghantarnya.”

“Kita mencipta realiti kita sendiri.”

Perbezaannya nampak kecil, tetapi 𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵.

𝗚𝗢𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗧𝗧𝗜𝗡𝗚:

Saya tetapkan matlamat → berusaha → berdoa → hasil akhirnya bukan dalam kuasa saya.

𝗟𝗔𝗪 𝗢𝗙 𝗔𝗧𝗧𝗥𝗔𝗖𝗧𝗜𝗢𝗡:

Saya fikir/rasakan sesuatu pada frequency tertentu → saya menarik perkara itu ke dalam realiti.

Itulah antara titik penting untuk membezakan 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸 𝗽𝘀𝗶𝗸𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 dengan 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘁𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸.
.

𝗖𝗢𝗡𝗧𝗢𝗛 𝗜𝗗𝗘𝗔/ 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗞𝗔𝗜𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗪 𝗔𝗚𝗘

1. 𝗟𝗮𝘄 𝗼𝗳 𝗔𝘁𝘁𝗿𝗮𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻
Like attracts like; fikiran menarik kejadian.

2. 𝗠𝗮𝗻𝗶𝗳𝗲𝘀𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻
Visualisasi/ niat boleh “manifest” realiti.

3. 𝗩𝗶𝗯𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 / 𝗙𝗿𝗲𝗾𝘂𝗲𝗻𝗰𝘆
Manusia mempunyai getaran spiritual tinggi/rendah yang menarik keadaan tertentu.

4. 𝗧𝗵𝗲 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗲
“Ask the Universe”, “Universe will provide”.

5. 𝗘𝗻𝗲𝗿𝗴𝘆 𝗛𝗲𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴
Reiki, crystal healing dan dakwaan tenaga universal menyembuhkan.

6. 𝗖𝗵𝗮𝗸𝗿𝗮
Pusat-pusat tenaga spiritual dalam tubuh yang perlu dibuka/ diseimbangkan.

7. 𝗖𝗿𝘆𝘀𝘁𝗮𝗹 𝗦𝗽𝗶𝗿𝗶𝘁𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝘆
Batu tertentu mempunyai tenaga untuk protection, love, abundance dan sebagainya.

8. 𝗔𝘂𝗿𝗮 𝗥𝗲𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴
Membaca keadaan spiritual/ emosi melalui “aura”.

9. 𝗔𝘀𝘁𝗿𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆
Kedudukan planet/ zodiak menentukan atau menerangkan kehidupan, personaliti atau masa depan.

10. 𝗧𝗮𝗿𝗼𝘁 / 𝗗𝗶𝘃𝗶𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻
Kad digunakan untuk mendapatkan guidance atau mengetahui perkara tersembunyi/masa depan.

11. 𝗛𝗶𝗴𝗵𝗲𝗿 𝗦𝗲𝗹𝗳
Mencari “diri tertinggi” sebagai sumber kebijaksanaan spiritual.

12. 𝗦𝗽𝗶𝗿𝗶𝘁 𝗚𝘂𝗶𝗱𝗲𝘀
 Meminta panduan daripada entiti/roh tertentu.

13. 𝗣𝗮𝘀𝘁-𝗟𝗶𝗳𝗲 𝗥𝗲𝗴𝗿𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻
 Mengakses kehidupan lampau/ reincarnation.

14. 𝗖𝗵𝗮𝗻𝗻𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴
Menerima mesej daripada roh atau entiti spiritual.

15. 𝗔𝗻𝗴𝗲𝗹 𝗡𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀
 111, 222, 333 dan sebagainya dianggap mesej atau petunjuk daripada alam.

16. 𝗤𝘂𝗮𝗻𝘁𝘂𝗺 𝗠𝘆𝘀𝘁𝗶𝗰𝗶𝘀𝗺
Istilah “quantum” digunakan untuk mendakwa fikiran/ niat boleh mengubah realiti dengan cara yang tidak disokong fizik.

17. 𝗔𝗳𝗳𝗶𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸
Bukan sekadar self-talk, tetapi percaya kata-kata mempunyai kuasa kosmik untuk mencipta realiti.

.

Tetapi ada satu perkara penting:

𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 “𝗲𝗻𝗲𝗿𝗴𝘆”, “𝗺𝗲𝗱𝗶𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻”, “𝘃𝗶𝘀𝘂𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻”, “𝗮𝗳𝗳𝗶𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻” 𝗮𝘁𝗮𝘂 “𝗵𝗲𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴”.

Istilah yang sama juga digunakan dalam psikologi, perubatan dan kehidupan biasa.

Contohnya:

𝗩𝗶𝘀𝘂𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮:

“Saya visualise presentation saya supaya lebih bersedia.”

→ Teknik mental biasa.

𝗩𝗶𝘀𝘂𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗲𝘁𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸:

“Saya visualise RM1 juta dan hantar frequency abundance kepada universe supaya wang itu tertarik kepada saya.”

→ Sudah ada dakwaan metafizik yang sangat berbeza.

Begitu juga affirmation.

𝗔𝗳𝗳𝗶𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮:

“Saya mampu belajar. Saya akan berusaha.
Allah tolong saya”

→ Self-talk.

𝗔𝗳𝗳𝗶𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗺𝗲𝘁𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸:

“I am wealthy. Bila saya ulang dengan vibration yang betul, universe akan manifest kekayaan.”

→ Konsep New Age/ manifestation.

.

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗣𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔?

Isunya bukan sekadar istilah pelik.

Isu paling besar ialah:

𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜?

Dalam Islam, sebab dan usaha memang wujud.

Kita merancang.

Kita berikhtiar.

Kita berdoa.

Kita bertawakal.

Tetapi 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹.

“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

(At-Takwir 81:29)

Sebab itu idea seperti:

“Mind creates reality.”

“Universe grants your desire.”

“Your vibration attracts provision.”

perlu diperiksa sangat berhati-hati.

𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳.

Masalahnya ialah apabila 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗴𝗵𝗮𝗶𝗯 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗺𝗲𝘁𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸 diberikan kepada sesuatu tanpa asas yang benar.

.

Dan satu lagi bahayanya:

𝗡𝗘𝗪 𝗔𝗚𝗘 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 “𝗗𝗜-𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡” 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗚𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔.

“Universe” ditukar kepada “Allah”.

“Manifestation” dicampur dengan doa.

“Vibration” dicampur dengan zikir.

“Law of Attraction” dicampur dengan husnuzon.

“Abundance” dicampur dengan konsep rezeki.

Sedangkan 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗳𝗮𝗹𝘀𝗮𝗳𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮.

Jadi soalan paling berguna apabila kita dengar mana-mana kelas motivasi/healing ialah:

𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨?

Kalau jawapannya usaha, pembentukan tabiat, perubahan perhatian, kemahiran, hubungan sebab-akibat yang munasabah — itu satu perkara.

Tetapi kalau jawapannya:

frequency,

vibration,

cosmic energy,

universe,

manifestation,

atau kuasa minda yang dikatakan mengubah realiti secara ghaib —

𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮 𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗹𝗶𝘁𝗶.

.
.

Wallahua’lam

No comments: