INI PENGALAMAN KAMI YANG HARI-HARI MEMANDIKAN JENAZAH ISLAM PELBAGAI BANGSA.
----------------------------------------------------
Pemandi Jenazah : Rambut nie rambut asal ke? Atau arwah pakai inai rambut?ke pewarna rambut?
Waris : Kami x tahu..kami x da masa arwah pergi warnakan rambut.
(jawapan biasa didengar dari waris)
Pemandi Jenazah : Ok begini..kita mandi mcm biasa ya...untuk rambut nie, kita ada 3 pilihan padanya...
1 kita cuba basuh dulu guna shampoo biasa..
2 kita cukur rambut jenazah..
3 tayammum..
Selalunya, kami akan tayammum untuk menyelesaikan masalah pada jenazah dan menjalankan tanggungjawab ini dengan sempurna.
Adapun jika pewarna bagi mewarnakan rambut itu daripada bahan yang menghalang air daripada terkena kulit, maka ia tidak dapat memenuhi tuntutan wajib bagi mandi tersebut iaitu meratakan air ke seluruh badan.
Oleh yang demikian, para ulama’ berpandangan bahawa apabila wujud keuzuran untuk melaksanakan kewajipan tersebut, maka hendaklah melakukan tayammum kepada jenazah tersebut.
Ada juga pandangan yang mengatakan wajib untuk mencukur rambut jenazah jika tidak mampu untuk dihilangkan pewarna rambut tersebut dan sudah tentu ia lebih diyakini untuk air sampai ke kulit kepala, disebut di dalam al-Manhaj al-Qawim Bi Syarh Masail al-Ta’lim:
“Ya, jika disaluti rambut dengan sesuatu yang melekat dan air tidak sampai ke asalnya (rambut) kecuali dengan mencukurnya, maka WAJIB untuk menCUKURnya.”
(Rujuk al-Manhaj al-Qawim Bi Syarh Masail al-Ta’lim: 344-345).
Soalan: Apakah hukum mewarna rambut bagi lelaki dan perempuan?
* HARAM mewarna rambut jika tidak beruban. Jadi, orang muda ingat baik-baik hukumnya HARAM mewarna rambut yang belum beruban.
* Jika sudah beruban maka ulama kata SUNAT mewarna rambut atau janggut kerana mengikut sunnah Nabi.
* HARAM guna warna HITAM, tetapi boleh guna warna selain itu seperti merah, "blonde", atau warna HIJAU pun boleh, cuma takut orang panggil "Incredible Hulk" pulak nanti.
Bagi perempuan, hukumnya:
* HARAM mewarna rambut jika rambutnya tidak beruban.
* HARAM mewarna rambut jika belum bersuami. Ingat baik-baik bagi perempuan yang belum kahwin, hukumnya HARAM mewarna rambut.
* Boleh mewarna rambut untuk menarik perhatian suaminya sahaja dan setelah mendapat izin dari suaminya.
* Dapat pahala SUNAT isteri mewarna rambut untuk suami.
* Jika suami SURUH mewarna rambut, maka hukumnya menjadi WAJIB isteri mewarna rambut.
* Hikmahnya walaupun isteri dah tua, dah beruban putih, nampak dari depan macam hantu Kak Limah Dua, tapi bila diwarna rambut yang beruban jadi warna "blonde", sekurang-kurangnya bila suami tengok dari belakang, nampak macam awek Brazil...atau macam Jennifer Lopez.
Syarat-syarat lain, bahan pewarna (tidak semestinya inai) mestilah dari bahan yang halal, tidak najis, dan tidak menghalang air untuk sampai ke rambut bila mengambil wuduk dan mandi hadas. Bagi mereka yang telah menggunakan pewarna yang tidak boleh sampai air pada rambut, WAJIB baginya CUKUR rambut. Jika tidak, wuduk dan mandi hadasnya tidak sah.
Jika kita telah buat kesilapan sebab dulu kita jahil dan sekarang baru tahu hukumnya, maka segeralah bertaubat, kerana Allah sentiasa menunggu-nunggu taubat dari kita.
Wallahuaklam...
"(Terkadang bahasanya nampak keras dan pedas, tapi inilah hakikatnya menyampaikan sebuah kebenaran dan pengajaran)"
017-610 0848 ON CALL 24 JAM
#MANDIKAFANJENAZAHISLAM
#PENGURUSANJENAZAHELAKIPEREMPUANPERCUMA
No comments:
Post a Comment