Thursday, April 22, 2010

Peringatan untuk diriku yang lupa


Teringat saya kepada sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Assalamualaikum.

Hadis diatas saya petik dari laman web saifulislam.com. Klik tajuk untuk atikel penoh.  Saya sangat terkesan dengan
hadis ini kerana begitu rupanya ganjaran untuk  orang-orang yang sabar terhadap kata-kata kesat dan caci maki orang
lain. Insyallah hadis ini memberi satu kekuatan kepada saya untuk terus berdiam diri kerana Allah menghadapi
segala tuduhan dan kata nista yang tidak pernah terbukti kebenarannya.

Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran maksima dalam menghadapi kerenah makhlukmu. Amin.

No comments: