Tuesday, July 20, 2010

Surat untuk anak perempuan ku


Anak perempuanku yang disayangi.

Ayah memilih untuk menghantar surat ini daripada  bercakap terus dengan awak kerana ayah tahu awak lebih suka menerima dan membaca semula e-mail ayah. Ayah sangat perihatin melihat perkembangan anaknda dan remaja lain yang seusia anaknda. Oleh keran itu ayah memohon pertolongan daripada Allah swt untuk memberi petunjuk kepada ayah dalam ayah menasihati anaknda
Dalam perkara-perkara berikut:

Anaknda sepatutnya menahan diri dari menghabiskan masa bermain computer , bermain permainan yang bodoh dan mendengar muzik yang tidak islamik.Ia merosakkan hati dan jiwa. Mereka memenuhi ruang berharga dalam minda yang sepatutnya digunakan untuk berfikir  dan merenung tentang kehidupan dan isu sebenar yang memberi kesan kepada kehidupan sebagai seorang muslim.


"Allah says: Son of Adam: Fill your time with My worship and I will fill your heart with richness, and end your poverty. But if you do not, I would make your hands completely busy (in worldly affairs) and I would not end your poverty."(At-Tirmidhi; confirmed to be a strong hadith)
"Firman Allah: Wahai anak  Adam: Isi lah masa mu  dengan sembahyang  dan aku akan mengisi hati mu  dengan kekayaan, dan menamatkan kemiskinan mu. Tetapi jika kamu  tidak, saya akan menjadikan  tangan kamu  sepenuhnya sibuk (dalam perkara-perkara duniawi) dan  aku  tidak akan menamatkan kemiskinan mu."(At-Tirmidhi;  hadis hasan)
Sheikh Ibn Al-Qayyim pernah menulis sebagaiman berikut:
Tujuan kewujudan kita diatas mukabumi ini lebih daripada hanya menjadi hamba kepada keuntungan duniawi. Tiada kehidupan yang lebih bermakna dari kehidupan yang telah dijelaskan oleh Allah swt Pencipta kita.Setiap tindakan yang dibuat dijalan Allah adalah pengabdian. .
Ayah hendak awak sentiasa melawat laman-laman berikut:
Ini adalah laman-laman yang anaknda boleh belajar tentang agama (deen) anaknda, tentang ciptaan Allah dan dunia selain dari yang anaknda duduki sekarang.
Selepas sains Islam, tiada pengetahuan lain yang  lebih kritikal untuk pembangunan fikiran anaknda daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, dan politik dunia. Anaknda  hendaklah member  perhatian istimewa untuk artikel-artikel berita mengenai orang Islam seluruh dunia. Beri tumpuan  dan  fikiran mendalam untukperkara-perkaraon`ibadah(sembahyang),iman(kepercayaan),tarbiyyah(Didikan Islam dan pendidikan) dan  tazkiyya   (penyucian  hati dan jiwa).
Anaknda juga mesti meluangkan masa untuk menyemak pengkalan data mengenai  fatwa. Pengkalan data ini mengandungi  undang –undang dan peraturan dalam islam  dan nasihat dari ulama-ulama  Islam tulen mengenai isu-isu yang muncul dalam kehidupan harian umat Islam. Ia berguna kerana kita perlu belajar perspektif Islam mengenai isu-isu ini menurut Shari`ah. Sebagai umat Islam, kita boleh mencari nasihat ulamak –ulamak  dalam hal-hal ini, dan ini merupakan satu-satunya cara kita  dapat mengetahui cara terbaik untuk mengatasi permasalahan dalam kehidupan kita. Dengan sedemikian dan dengan bertindak atas keputusan ini, kita Itelah berusaha  seikhlas mungkin  untuk pengawal diri kita  dari dosa-dosa dan inovasi-inovasi yang menjurus  kepada api neraka.

bersambung- terjemahan bebas dari http://www.islamonline.net

No comments: